berita

Tonton Telefilem Terbaik Sempena Hari Bapa Di Tonton Cinema Serendah RM1

June 19th, 2021 | by Wan
Filem Tempatan

Sempena Hari Bapa yang disambut pada bulan Jun, tonton CINEMA bakal menayangkan telefilem terbaik berkisarkan kisah pengorbanan bapa. Lebih menarik, semua drama ini ditawarkan dengan harga promosi serendah RM1 sahaja! Ya RM1 sahaja dah boleh tonton telefilem menarik.

Telefilem hebat sempena Hari Bapa

Antara telefilem terbaik yang boleh ditonton ialah Kayuhan Kasih Ayah, Baju Kebaya Terakhir Bapak, Pesona Ayah, Ayah Tak Pernah Kalah, Kapcai Ayah, Songket Pak Andam, Beruk Tok Ayah, Bidadari Walid, Dodol Untuk Menantu dan Pulanglah Abah. 

Terkenal sebagai seorang seorang yang serba boleh serta versatil, lakonan Faizal Hussien dalam telefilem Buku Cinta Abah, Karma Abah dan Fatihah Untuk Abah pastinya bakal membuatkan penonton berlinang air mata!

Buat peminat Aedy Ashraf, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lakonan terbaik pelakon itu dalam Surat Di Bawah Pintu, Pulang, Salam Buat Kekasih dan Reza, Arman & Bill. 

Menerusi tonton Cinema, korang boleh menonton filem dan telefilem tempatan dengan cara yang begitu mudah di mana-mana sahaja menggunakan telefon pintar. Bukan itu sahaja, korang juga boleh layari catchup yang sedia ada dan LiveTV secara percuma di aplikasi dan laman web.

Tunggu apa lagi, layari tonton CINEMA sekarang untuk saksikan telefilem terbaik sempena Hari Bapa!

SKIP THIS AD ×