Meskipun sudah memberikan yang terbaik dan memperoleh rating yang tinggi pada minggu separuh akhir Famili Duo 3 (FD3), Tom dan Fuad Rahman terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan FD3 apabila menjadi salah seorang peserta yang tersingkir.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dah Jangka Tersingkir, Gembira Dapat ‘Bonding’ Dengan Syahir
Boleh fokus kandungan
Ketika ditemui OhBulan!, Tom berkata penyingkiran yang berlaku sedikit sebanyak membuka ruang untuknya memberikan fokus terhadap kandungannya yang kini sudah mencapai usia tujuh bulan.
Sebenarnya saya dah penat sangat dengan keadaan saya mengandung dah tujuh bulan ini.
Mungkin saya pernah maklumkan yang saya kuat tapi sebenarnya saya dah penat sangat, emosi pun tak stabil. Saya sudah mula rasa tak selesa.
Mungkin penyingkiran ini adalah kerana Tuhan nak bagi saya masa untuk berehat.
Tom berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas selesai konsert semi final FD3 yang diadakan di Studio NTV7 yang terletak di Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Tom mengakui dia menipu dirinya sendiri hanya kerana ingin memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program FD3.
Selama ini saya cuba lawan dan rasa yang saya boleh tapi bila tersingkir mungkin ini masanya saya untuk fokuskan kandungan.
Apa yang buat saya terus kuat untuk perform atas pentas adalah Fuad dan juga anak-anak. Selain itu adalah sebab ini minta saya.
Jadi, saya terpaksa tipu semua orang dengan mengatakan saya okay dan sebagainya. Tapi kali ini mungkin disebabkan faktor umur sebab itu saya rasakan yang saya dah penat sangat.
Pada minggu separuh akhir yang berlangsung pada FD3, Tom dan Fuad Rahman merupakan antara tiga pasangan duo yang tersingkir selain Shila dan Syahir Amzah serta Ryan dan Adam Bakery.
Sementara itu, tiga pasangan duo yang berjaya mara ke peringkat akhir program realiti FD3 pada Ahad depan adalah pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), serta Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik).
Saingan peringkat akhir akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.
Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.
Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.