berita

TV9 Siar Perlawanan Persahabatan, Kelayakan Piala Asia 2023 Skuad Bola Sepak Malaysia

May 26th, 2022 | by Wan
Kini Trending

Bersempena dengan Piala Asia 2023 yang akan datang, TV9 akan menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa Skuad Harimau Malaya bagi persiapan pasukan bola sepak negara untuk perlawanan kelayakan. Acara dimulai dengan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Brunei dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Hong Kong.

Secara langsung di TV9

Keseronokan diteruskan dengan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak iaitu Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023, perlawanan ini akan bermula pada 8 Jun hingga 14 Jun 2022 yang melibatkan 24 buah negara asia berlangsung di 6 buah negara yang menjadi tuan rumah pusingan kelayakan dan salah satu tuan rumah untuk pusingan kelayakan ini adalah Malaysia. Acara pusingan kelayakan yang melibatkan Malaysia akan dijalankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pasukan Malaysia bakal bertanding dengan pasukan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh di dalam kumpulan pasukan E. TV9 bakal menyiarkan kedua-dua perlawanan persahabatan serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan tanah air.

Juara daripada setiap kumpulan dan 5 pasukan kedua terbaik akan layak bersaing di pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan disertai negara tuan rumah iaitu China yang akan dilangsungkan nanti.

Ayuh sama-sama kita menyokong skuad Harimau Malaya dengan menonton perlawanan yang disiarkan di TV9. Semoga pasukan Malaysia layak ke peringkat seterusnya di Piala Asia 2023!

SKIP THIS AD ×