Ujibakat rancangan realiti baharu TV3, #playlistAJL yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada 2 dan 3 Julai meriah apabila dihadiri oleh ramai peserta berbakat.
Program yang bakal membuka peluang kepada individu yang ingin mengetengahkan bakat dan melebarkan sayap dalam industri hiburan itu terbuka kepada mereka yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
Artikel berkaitan: TV3 Cari Penyanyi Versatil! Uji Bakat Di Sri Pentas, Bandar Utama Sabtu & Ahad Ini
Peguam dari Sabah
Antara peserta yang turut hadir untuk menyertai sesi ujibakat ialah seorang peguam, Shazwani Mahmud. Shazwani yang merupakan seorang peguam berasal dari Sabah mempertaruhkan lagu Ella.
Saya ingin mencuba nasib kerana menyanyi sudah sebati dengan diri saya sejak kecil. Ia membuat saya akan berdiri di dalam dunia saya sendiri untuk terus bergerak ke hadapan.
Sementara itu, seorang doktor yang bekerja di salah sebuah hospital kerajaan iaitu Freddie Low Kennedy, berbangsa Iban turut hadir menyertai ujibakat ini dengan mempertaruhkan lagu Hael Husaini.
Dulu masa belajar medik, saya selalu buat persembahan sebab memang dah minat menyanyi selain dari belajar bidang perubatan.
Saya ingin buktikan kepada semua walaupun saya bekerja sebagai doktor, saya juga boleh kejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.
Berjaya melepasi uji bakat saringan pertama, Freddie menjadikan program itu sebagai medium untuk mencapai impian bergelar penyanyi.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti Facebook, Instagram & Twitter TV3.