berita

Ustaz Tegur Cara Hairul Lamar Hanis Zalikha Menyerupai Istiadat Agama Kristian

January 8th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha 3

Ahad lalu telah berlangsung konsert akhir Gegar Vaganza yang menyaksikan aktor kacak Hairul Azreen membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Hanis Zalikha. Bagaimanapun tindakannya itu menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan penonton.

Artikel Berkaitan : Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza

Terbaru, pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat atau dikenali sebagai Ustaz Zul berkata cara aktor Hairul melamar kekasihnya Hanis Zalikha bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Menjatuhkan Maruah Wanita

Zul Hamat 1

Malah Ustaz Zul menegaskan bahawa cara tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.

Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah.

Boleh Memesongkan Akidah

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

Sementara itu, Ustaz Zul turut menegur cara lamaran Hairul yang melafazkan ayat will you marry me terhadap Hanis kerana ia menyerupai budaya agama lain selain perbuatan itu boleh memesongkan akidah umat Islam.

Amalan “will you marry me” (sudikah anda mengahwini saya) sering dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini yang mana ia boleh menjadi ikutan kepada generasi akan datang.

Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

Menurut Ustaz Zul, seeloknya Hairul mendapatkan pendapat dan nasihat daripada mana-mana ahli agama terlebih dahulu kerana banyak cara lagi yang boleh digunakan oleh Hairul untuk melamar Hanis Zalikha.

Artikel Kredit : Malaysian Digest

SKIP THIS AD ×