Poligami antara isu yang sering menjadi kontroversi dan mendapat perhatian ramai pihak terumata jika ianya melibatkan selebriti atau personaliti media sosial.
Bagaimanapun, lain pula pendapat pelakon kacak Aedy Ashraf tentang poligami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’
Artikel Berkaitan: Peminat Doa Aedy Ashraf & Amelia Henderson Cepat Kahwin – ‘Nak Tengok Anak Korang Mesti Cantik’
Pendapat Aedy
Menerusi temu bual oleh Drama Sangat, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi meluahkan pendapat tentang isu berkenaan.
Menurut aktor berusia 30 tahun ini, dia tidak akan berpoligami kerana mengakui dirinya sukar untuk berlaku adil.
Personally, saya takkan buat sebab saya tahu yang kita takkan boleh dan takkan mampu untuk berlaku adil sebab kita semua manusia biasa.
Bagi saya, tak adil untuk bercinta atau sayang lebih daripada seorang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan pelakon drama Budak Tebing itu selain menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang ‘gentleman’ kerana mempunyai prinsip berbeza.
Speaking like a true gentleman.
Dia sangat gentleman, bertuah Amelia.
Truly husband material. Untung Amelia.
@dramasangat Baguslah Aedy tak bersetuju dengan Poligami, sebab ia tak nadil jika kita sayang lebih daripada seorang wanita! – @aedyxashraf LelakiItu DramaSangat
Sumber: TikTok Drama Sangat