berita

#OhBulanTutupChapter23: Curang & Penyondol Ungguli Kontroversi! Kemelut Keluarga Shila Amzah, Abang Tesla & Alif Teega Madukan Isteri Antara Isu Bikin Panas

December 27th, 2023 | by Alia
OB Eksklusif

cerita panas

Sepanjang 2023 ini seluruh negara ‘sesak dada’ dengan pelbagai isu dan kontroversi hangat yang melanda dunia seni tempatan dan tak lupa juga di alam maya.

Selain menjadi tumpuan media, mereka juga mencuri perhatian warganet sehingga banyak ‘teh panas’ ditumpahkan. Fenomena viral dan pantasnya sesuatu berita disampaikan menyebabkan semua gerak geri menjadi tumpuan terutama hal peribadi mereka.

Jom bersama OhBulan! imbas kembali antara kisah sensasi yang berlaku pada tahun ini.

Keluarga Shila Amzah

Shila Amzah

Bermula daripada dakwaan kehadiran ‘penyondol’ yang menyebabkan penceraian Datuk ND Lala dan bekas isteri, Fauziah Sarman sehinggalah kemelut isu rumah banglo yang berlarutan menyebabkan hubungan kekeluargaan antara Shila Amzah bersama ibu dan adik-adiknya berantakkan.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun itu dilihat sentiasa mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta, Ubai dan juga adik lelakinya iaitu Syahir sepanjang menghadapi masalah ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Sampai Tahap Di Mana Kesabaran & Kehormatan Saya Dicabar’ – Shila Amzah

Marissa Dania

marissa aslam

Seawal pagi tersebarnya kontroversi tentang anak kepada pelakon terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya bersama bekas suaminya.

Tidak berdiam diri, Marissa tampil mengaku kekhilafannya kerana menganggu rumah tangga wanita terbabit selain bertanggungjawab atas semua yang berlaku namun tidak mahu nama ibu bapanya terpalit.

Menurut Marissa dakwaan yang dilemparkan adalah tidak semuanya tepat malah dirinya juga sudah tiada kaitan lagi dengan pihak terbabit.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mengaku Bersalah, Apa Yang Diviralkan Adalah Benar’ – Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Aniq Suhair

Aniq Suhair

Tuduhan berat seorang wanita terhadap pelakon kacak, Aniq Suhair sudah semestinya menggemparkan arena seni tempatan apabila dia didakwa telah menghamilkan wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh menepis dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imejnya.

Terbaharu, wanita berkenaan menyatakan bahawa dia akan memuat naik kronologi insiden tersebut dan akan menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Artikel Berkaitan: Dituduh Hamilkan Gadis & Minta Gugur Kandungan, Aniq Suhair Anggap Dakwaan Cuba Jatuhkan Reputasi

View Chin

Isteri kepada pempengaruh, View Chin iaitu Shermine Ah Moi bertindak memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra bekas suaminya di WhatsApp bersama seorang wanita iaitu pekerja mereka sendiri, Amira Aqilah yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.

Paling menarik perhatian adalah isi perbualan mesej tersebut di mana kedua-duanya dilihat mula bersayang-sayang, meluahkan rasa cinta, mahu berpelukan di tangga, memakai baju sedondon dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: Bisnes Tak Jalan & Kedai Dikacau, View Chin Minta Masa Untuk Betulkan Keadaan- ’Ini Ujian Sangat Berat Buat Saya’

Abang Tesla

Abang Tesla

Pempengaruh, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry mengejutkan seluruh pengguna aplikasi TikTok apabila mengumumkan bahawa dia sudah bernikah buat kali kedua.

Momen solat jemaah Abang Tesla dan isteri pertamanya sebelum melangsungkan perkahwinan kedua merupakan antara yang kecoh diperkatakan malah ramai juga yang memuat naik video parodi.

Berdasarkan video yang dikongsikan, Abang Tesla mendedahkan bahawa dia berpoligami setelah mendapat restu daripada isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari.

Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla

Alif Teega & Aisyah Hijanah

alif teega aisyah live tt

Desas desus tentang kisah rumah tangga personaliti media sosial, Aisyah Hijanah dan suami Aliff Teega akhirnya terjawab selepas lelaki itu sendiri mengaku telah bernikah lagi.

Menurut Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada umum adalah kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. Bagaimanapun, Alif mengakui, Aisyah adalah seorang isteri yang sempurna di matanya malah tiada sebarang kekurangan pun pada diri wanita itu.

Terbaru, Aisyah mendedahkan bahawa 100% harta sepencarian antara dia dan Alif telah diserahkan semua kepadanya atas persetujuan mereka berdua.

Artikel Berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Dah Berkahwin Dua – ‘Aisyah Adalah Wanita Pilihan Allah’

SKIP THIS AD ×