Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia meluahkan perasaan sedih apabila mengenangkan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Berjaya Sebab Anak Dah Tak Kenal Ibunya, Aku Bersumpah Tak Akan Ada Lagi Kelahiran Lelaki Dalam Keluarga Kau’ – Bekas Menantu Zainal Abidin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Hak Nak Panggil Saya Sund** Ba** Atau Anjing’ – Bekas Menantu Zainal Abidin
Air mata seorang ibu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sofia berkongsi beberapa keping foto anak sulungnya ketika kanak-kanak itu melakukan aktiviti di sekolah.
Dalam hantaran yang sama, Sofia dilihat sedang memeluk kedua-dua cahaya matanya sambil menangis.
Besar dah anak-anak mommy. Macam baru je bersalin dekat korang. Zayne, mommy ingat lagi hari pertama masuk playschool dan sekarang dah masuk sekolah rendah.
Dear Seri, parut c-section kat perut mommy masih terasa lagi.
Dalam pada itu, Sofia sempat menitipkan doa untuk kesejahteraannya dan anak-anak selain berharap agar balasan diberikan terhadap mereka yang cuba memisahkan dia dan zuriatnya.
Sayang awak berdua. Insya Allah. Sekali Ibu, selamanya Ibu. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mommy di mana jua anak-anak mommy berada.
Lindungilah anak-anakku Ya Allah, jauhkanlah mereka dari segala bahaya. Mereka masih kecil Ya Allah. Doa aku semoga mereka yang berniat memisahkan anak-anak ku dari aku diberikan hidayah dan pengajaran.
Aku redha dengan setiap yang berlaku namun aku tidak redha denga perbuatan mereka yang menganiaya aku dan anak-anak ku Ya Allah.
Setiap mereka yang bersubahat dan bersama dalam mempertikaikan aku ibu kepada anak-anakku, diberikan rasa sakit yang sama aku lalui.
Walau bagaimanapun, Sofia tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah serta menghargai insan-insan yang hadir membantunya ketika dalam kesusahan.
Aku bersyukur Ya Allah, disebalik segala kejadian yang berlaku, Kau berikan aku banyak peluang serta rezeki seluas langit dan Kau tidak putus-putus datangkan orang-orang yang baik.
Aku doakan semoga mereka yang mendoakan yang baik-baik kepadaku dipermudahkan urusan serta doa yang sama kembali kepada mereka yang mendoakan aku tidak kira baik atau buruk.
Yang baik kembali kepada yang baik, yang buruk kembalikan kepada yang buruk. Syukur Alhamdulillah. Amiin
Terdahulu, Sofia dan Mohd Zaiza bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.
@sofiasmeth ???? besar dah anak-anak mommy. Macam baru je bersalin ke korang. Zayne, mommy ingat lagi your first day masuk playschool. And now u are entering Primary School. Dear Seri, parut c-section kat perut mommy masih terasa lagi. No words to say kids…Love you Both ?? Insya Allah… Sekali Ibu, Selamanya Ibu. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mommy dimana jua anak-anak mommy berada. Lindungi lah anak-anakku Ya Allah… Jauhkanlah mereka dari segala bahaya. Mereka masih kecil Ya Allah. Doa aku semoga mereka yang berniat memisahkan anak-anak ku dari aku diberikan hidayah dan pengajaran. Aku redha dengan setiap yang berlaku namun aku tidak redha denga perbuatan mereka yang menganiaya aku dan anak-anak ku Ya Allah. Setiap mereka yang bersubahat dan bersama dalam mempertikaikan aku ibu kepada anak-anakku, diberikan rasa sakit yang sama aku lalui. Aku bersyukur Ya Allah, disebalik segala kejadian yang berlaku, Kau berikan aku banyak peluang serta rezeki seluas langit dan Kau tidak putus-putus datangkan orang-orang yang baik.. Aku doakan semoga mereka yang mendoakan yang baik-baik kepadaku dipermudahkan urusan serta doa yang sama kembali kepada mereka yang mendoakan aku tidak kira baik atau buruk. Yang baik kembali kepada yang baik, yang buruk kembalikan kepada yang buruk. Syukur Alhamdulillah… Aamiin…
Sumber: TikTok Suzur Sofia