Pempengaruh media sosial, Alif Teega kembali mencuri perhatian warganet selepas memuat naik ‘teaser’ lagu bersama isteri pertama, Aisyah Hijanah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Akan Burukkan Abang’ – Aisyah Tenang, Hormat Alif Teega Sebagai Suami
Bakal lancar lagu bersama?
Menerusi hantaran di TikTok, Alif berkongsi satu video yang memaparkan muzik video lagu sulung mereka yang berjudul Teristimewa.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, dia berharap agar lagu itu dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada pendengar.
Selain itu, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang sentiasa menitipkan doa buat dirinya dan Aisyah.
Setiap daerah hatiku kau bermukim cinta kamu tak bermusim. Moga ada kebaikan dan bermanfaat ya.
Terima kasih buat yang doakan baik-baik. Haza min fadhli Rabbi.
Lagu Teristimewa akan dilancarkan pada esok hari (Sabtu), 6 Januari, jam 9 malam di Youtube The HH Family.
Kahwin dua kena adil
Di ruangan komen, wargamaya bersimpati dengan Aisyah yang didakwa menjadi mangsa konten. Di samping itu, netizen turut kasihan dengan isteri kedua Alif, Fatin Umaidah Ramli yang masih ‘disembunyi.’
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang merasakan kisah kahwin dua ini sekadar taktik pemasaran.
Terdahulu, Alif mengumumkan dia sudah bernikah kali kedua di media sosial. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.
Sumber: TikTok