Tular baru-baru ini timbul dakwaan rumah tangga personaliti media sosial iaitu Aliff Teega dan isteri Aisyah Hijanah yang dikatakan sedang dilanda ujian dek kerana orang ketiga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kali Ini Paling Mencabar Dari Segi Mental, Fizikal, Iman & Kesetiaan’ – Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Dilanda Ujian
Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Didekati ‘Penyondol’, Berani Minta Nak Bermadu Walaupun Keluarga Menentang – ‘Kenapa Kedekut Untuk Kongsi Dengan Saya?’
Fokus kepada keluarga
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Alif tampil membuat penjelasan tentang khabar angin tersebut yang dilihat semakin mendapat perhatian warganet.
Tujuan saya buat video ini adalah untuk meredakan apa sahaja spekulasi yang wujud antara saya dan Aisyah. Korang jangan risau tak ada apa pun yang berlaku okay sahaja, tak ada cerai berai.
Apa yang berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah untuk fokus kepada keluarga dahulu.
Aisyah ada bawa saya pergi berubat..tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama. Jawapan tentang ain..jawapan kedua adalah berkaitan dengan sihir pemisah.
Dalam pada itu, Alif juga mengulas tentang tindakannya menegur Aisyah yang berkongsi tentang kisah rumah tangga mereka ketika sesi siaran langsung di platform media sosial.
Berkenaan live Aisyah semalam, Aisyah sedang berniaga dan ada juga mendapat soalan daripada netizen mengenai video-video saya yang bertajuk ‘melepaskan’.
Video tersebut tiada sangkut paut dengan peribadi saya tetapi daripada Instagram Aisyah, netizen mula kerumun pada post tersebut.
Pada waktu itu, Aisyah sedang menjelaskan video tersebut adalah video ‘healing’ yang dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sedang menjelaskan hal yang sebenar.
Dan pada waktu itu, saya tidak tahu Aisyah sedang menjelaskan hal sebenar dan bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga. Saya yang pada waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live.
Mohon maaf
Sementara itu, Alif turut mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas segala spekulasi yang telah tercetus. Dia juga menghargai setiap usaha isterinya serta kenalannya yang banyak membantu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah & pengajaran daripada apa yang terjadi. Saya dan Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yang berlaku.
Terima kasih kepada Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan untuk merubat gangguan tersebut. Dan, terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yang menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yang berlaku.
Sebagai ketua keluarga, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya dan saya akan mempertahankan apa yang telah kami bina bersama.
@alifteega Bismillahirrahmanirahim, tujuan saya post ini adalah utk meredakan situasi yg berlaku. Apa yg berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah utk fokus kpd keluarga dahulu Berkenaan live Aisyah semalam, Aisyah sdg berniaga & ada juga mendapat soalan drpd netizen mengenai video-video saya yg bertajuk ‘melepaskan’. Video tersebut tiada sangkut paut dgn peribadi saya tetapi drpd IG Aisyah, netizen mula kerumun pd post tersebut. Pd waktu itu, Aisyah sdg menjelaskan video tersebut adlh video healing yg dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sdg menjelaskan hal yg sebenar. Dan pd waktu itu, Saya tidak tahu Aisyah sdg menjelaskan hal sebenar & bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga. Saya yg pd waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah & pengajaran drpd apa yg terjadi. Saya & Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yg berlaku. Terima kasih kpd Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan utk merubat gangguan tersebut. Dan, terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yg menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yg berlaku. Sbg ketua keluarga, Saya sayangkan isteri & anak-anak saya. Dan, saya akan mempertahankan apa yg telah kami bina bersama
Sumber: TikTok Alif Teega