Pada 5 Januari lalu, aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial iaitu Farah Lee telah mendirikan rumah tangga bersama Fuad Hashim selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.
Bekas suaminya iaitu pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar dilihat turut hadir ke majlis resepsi tersebut.
Artikel Berkaitan: Farah Lee Tamat Zaman Ibu Tunggal, #GoodluckFuad Untuk Suami
Artikel Berkaitan: Empat Tahun Urus Emosi Anak Sebagai Ibu Tunggal, Farah Lee Kongsi Suka Duka Besarkan Maream
Keluarga yang lengkap
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ally menzahirkan rasa syukur kerana Farah ditemukan jodoh yang baik dan anak perempuan mereka Maream Esaabel dapat menikmati sebuah keluarga yang lengkap.
Macam Farah kata tadi, sekarang kami pun dah seri..dia pun dah berkahwin. Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira.
Semoga anak kami Maream dapat rasa institusi keluarga yang lengkap di rumah.
Saya tengok wajah Fuad sejuk hati, saya rasa dia boleh jadi ayah yang baik.
Dalam masa yang sama, pengacara berusia 48 tahun itu berkata dia dan Farah sentiasa bertoleransi dalam hal yang melibatkan anak mereka meskipun kadang kala berbeza pendapat.
Kami pun ada pendirian masing-masing tapi yang penting bagaimana anak akan mengharungi semua ini. Walaupun ada perbezaan pandangan atau pendirian, kami kena cari satu jalan tengah untuk merasai institusi keluarga itu walaupun berjauhan.
Memang kalau soal anak kami akan bertolak ansur dan bertimbang rasa, Alhamdulillah setakat ini begitulah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sikap mereka dengan menyifatkan mereka sebagai ibu bapa yang sangat matang dalam menguruskan keperluan anak.
Untuk info, Ally dan Farah sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 namun disahkan bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 9 tahun.
Ally kemudian menamatkan zaman dudanya dengan berkahwin kali kedua bersama Marina Ibrahim pada 22 Jun 2019.
@
Sumber: TikTok Mingguan Wanita