berita

[VIDEO] Sharnaaz, Noor Nabila, Jebat Jayden & Amelia Christie Bercuti Bersama Di Jepun – ‘ Parents Yang Berpisah, Tolong Contohi’

December 12th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

amelia nabila sharnaaz 2

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Sharnaaz Ahmad di Instagram (IG) mencuri perhatian warganet apabila memaparkan kegembiraan bercuti bersama bekas isteri, Noor Nabila dan Jebat Jayden serta kekasih hati, aktres Amelia Christie.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Happy Birthday Dear Amelia’- Sharnaaz Ahmad Sambut Hari Lahir Kekasih Bersama Jebat Jayden

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila Gembira Layan Amelia Christie, Netizen Cakap Dah Bagi ‘Green Light’ – ‘Dia Hormat Satu Sama Lain’

Jebat peluk Nabila & Amelia

Menerusi rakaman itu, Sharnaaz, Nabila, Amelia dan Jebat sedang bersiar-siar di Tokyo, Jepun. Pada mulanya, Jebat yang berjalan bersebelahan dengan Sharnaaz dilihat pergi ke arah Nabila lalu memeluk dan kemudian menuju ke Amelia pula.

Melihat situasi itu, mereka bertiga gelak tawa dengan telatah ‘comel’ anak kecil yang kini berumur lima tahun.

Di ruangan komen, rata-rata peminat sebak dan memuji sikap ‘parenting’ Sharnaaz dan Nabila yang mengutamakan kasih sayang terhadap anak biarpun mereka sudah berpisah.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan kepada ibu bapa yang bercerai untuk mencontohi sikap bertanggungjawab Sharnaaz dan Nabila.

Bukan itu saja, netizen juga kagum dengan Amelia yang matang dan sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling.

Hubungan kakak & adik

amelia nabila

Sementara itu, di Instagram Stories masing-masing, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan kakak kepada selebriti Neelofa juga berkongsi momen manis di negara matahari terbit.

Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada bulan Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 5.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×