Adik kepada pelakon dan usahawan Neelofa, Ameera Khan menafikan dia dan aktor Meerqeen sedang menjalin hubungan cinta seperti yang didakwa warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Kenen-Kenen’ Ameera Khan Dengan Meerqeen – ‘Kalau Ni Baru Sesuai’
Artikel Berkaitan: Meerqeen Muat Naik Swafoto Bersama Ameera Khan Di Paris
Tak bercinta
Menerusi video siaran langsung bersama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkata hubungan mereka hanya setakat kawan.
Sebab ramai orang ingat ‘baby’ (saya) dengan Meerqeen ini ‘gewe’ (pasangan bercinta) padahal dop (tidak). Kita saing (kawan).
Sementara itu, Noor Kartini juga menyatakan anak bongsu perempuannya berkawan dengan ramai lelaki bukan hanya Meerqeen dan pelakon, Alvin Chong.
Baby baik belaka. Baik dengan Alvin, baik dengan semua. Bukan dengan dua orang ini saja.
Sebelum ini, Meerqeen mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi foto bersama pesohor media sosial, Ameera Khan di Instagram Story (IG Stories) ketika berada di Paris.
Sumber: TikTok