Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkata buat masa ini dia memilih untuk tidak membuka hati kepada mana-mana lelaki kerana masih di fasa trauma dengan perkahwinan terdahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Tak Hadir Perbicaraan, Nurul Shuhada Hampa Dah Gigih Naik Bas Awal Pagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Datang Dengan Semangat & Harap Diberi Keadilan Sebagai Mangsa’ – Nurul Shuhada
Anak-anak tak bagi
Ketika ditemui OhBulan! seusai perbicaraan kes dakwaan dicederakan bekas suaminya di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pagi Selasa, Shuhada berkata dia tidak mendapat restu daripada kedua anaknya untuk berkahwin lagi.
Menurut Shuhada, anak-anaknya risau andai emosi mereka terganggu lagi dengan hubungan baru.
Anak-anak trauma dan tak izin saya kahwin kerana risau salah pilih pasangan dan menangis lagi.
Saya memang nak jaga emosi anak-anak sahaja, nak berikan kebahagiaan buat mereka dan tidak mahu mereka membesar dalam keadaan yang tak elok.
Selain itu, wanita berusia 30 tahun ini juga akui trauma yang dialaminya masih membekas justeru dia selesa setakat berkawan sahaja dengan lelaki.
Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa yang jadi selepas ini.
Memang ada yang cuba dekati saya dan anak-anak tapi saya anggap hanya kawan saja sebab nak mulakan hubungan baru tu saya kena sembuhkan diri dulu.
Dalam pada itu, Shuhada berkata dia kini ingin memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap perkembangan anak-anak selain masih menyimpan hasrat untuk mencapai cita-citanya.
Sekarang ini bukan menjadi keutamaan saya untuk mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab yang penting nak didik anak-anak.
Nak jaga mereka elok-elok sebab tak mahu mereka ulang kesilapan yang sama macam saya dan kalau boleh nak capai cita-cita tertangguh dulu.
Walau bagaimanapun, Shuhada sama sekali tidak menolak kemungkinan jika suatu hari nanti dia bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.
@ohbulanofficial Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkata buat masa ini dia memilih untuk tidak membuka hati #ohbulan #sembangentertainment