Usahawan sensasi, Kak KM terkesan teruk selepas dikecam warganet kerana mengamalkan kepercayaan dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Netizen Bagi Nasihat – ‘Kepada Tanah Juga Kita Kembali’
Netizen pusing cerita?
Anak perempuan Kak KM iaitu Bella mendedahkan perbualan bersama ibunya di whatsApp.
Menerusi hantaran itu, Kak KM meluahkan perasaan kesal dan kecewa apabila dakwa dirinya telah difitnah dan dianiaya oleh netizen.
Mama kena fitnah. Dia kata kalau kau nak kaya, kau kena solat subuh kemudian solat dhuha kalau nak kaya.
Lepas itu mama tanya dia balik, ‘Benda itu kau tak payah ajar aku sebab aku sembahyang memang tak tunjuk. Tapi aku nak tau juga, kau dah buat, dah kaya ke belum? Jangan nak ajar orang.’
Dia pusing cakap mama kata siapa buat solat dua rakaat itu tak kaya pun. Baik ikut cara feng sui, cara cina.
Susulan ‘serangan’ bertubi yang diterima, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli terus menerus menangis sehinggakan demam.
Apa tu kak? Mama betul tak boleh terima benda ini. Mama demam terus, nangis daripada pagi tak boleh tahan la. Fitnah ini dasyat la penangan dia.
Tak boleh nak diam
Sementara itu, Bella memberitahu ibunya enggan memberi penjelasan bagaimanapun dia sebagai anak tidak tergamak untuk diam seribu bahasa.
Mak aku memang tak nak buat penerangan, itu keputusan dan hak dia. Tapi aku anak takkan diam kalau orang buat mak aku.
Aku harap bab* yang memfitnah dan mengniaya mak aku ini akan dapat musibah yang sangat teruk. Amin.
Terdahulu, Kak KM memuat naik tujuh rakaman video mempromosikan kawasan tanah lot yang dikatakan mempunyai Feng Shui yang bagus.
Sumber: TikTok