Di Instagram, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil menjawab tuduhan kononnya dia mempermainkan perasaan netizen dengan memberi pelbagai janji palsu.
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Dikecam Mungkir Janji Nak Belanja 500 Orang Sarapan – ‘Yang Percaya Dia Ni Memang Bo**h, Jadi Penjilat’
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Sedia Wang Tunai RM100k, Mahu Bantu Pengikut Langsai Hutang
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiahkan RM100,000 Sempena Perkahwinan Rakan Baik
Tidak mampu puaskan hati semua
Menerusi video yang dimuat naik, Aisar berkata dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan memohon maaf atas segala kekhilafan yang dilakukan.
Memang kebanyakan daripada video atau live saya minta orang komen ‘nak’ atau sebut nama saya untuk berkongsi rezeki. Tapi awak semua kena ingat saya hanyalah orang biasa, saya hanya beri mana yang saya mampu sahaja. Saya minta maaf kalau sebelum ini terberi harapan kepada semua.
Sudah tiga tahun saya melakukan cara seperti ini, sebelum ini tidak ada sebarang masalah. Saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf dan saya akan cuba perbaiki untuk menjadi individu lebih baik.
Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan Aisar telah menipu ramai orang terutama penonton yang mengikuti siaran langsungnya di media sosial.
Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan, Aisar dipercayai meminta penonton untuk meninggalkan komen agar dapat dipilih secara rawak untuk menerima hadiah-hadiah tertentu seperti wang tunai dan pelbagai barangan yang lain. Berikutan daripada itu, segelintir penonton meluahkan rasa kecewa dan mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang hadiah daripada Aisar.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Aisar Khaledd