Viral di media sosial mengenai sebuah rakaman video yang pernah dilakukan oleh arwah Siti Sarah bersama suaminya, Shuib ketika hadir di HotFm awal tahun ini. Dalam segmen #ApaYouBuatKalau : Shuib x Siti Sarah itu arwah dipercayai telah memberi petunjuk bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Tak Akan Jumpa Ibu Lagi’ – Netizen Sebak Tengok Shuib ‘Terpaksa’ Beritahu Anak Siti Sarah Sudah Tiada
Artikel berkaitan: ‘Anak-Anak Saya Belum Tahu, Doa Allah Permudahkan’ – Shuib
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Sesekali Berhenti Berjuang’ – Siti Khadijah Ikon Wanita Pilihan Arwah Siti Sarah
Artikel berkaitan: Rakan Artis, Sahabat Buka Satu Persatu Kebaikan Siti Sarah
Arikel berkaitan: ’20 Tahun Kami Jadi Sahabat Ketawa & Menangis’ – Pemergian Siti Sarah Sentuh Emosi Azharina
Sepatutnya i dah berada di tempat itu
Menerusi rakaman video berdurasi 13:03 saat itu, pasangan suami isteri tersebut perlu menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh pihak HotFm. Kesemua soalan tersebut akan bermula dengan ‘Apa you nak buat..’. Jika dilihat video berkenaan, arwah Siti Sarah kelihatan gembira menjawab hampir kesemua soalan yang diajukan oleh suaminya itu. Namun begitu, ketika Shuib bertanya mengenai perancangan arwah dalam tempoh lima tahun dari sekarang, wajah arwah Siti Sarah kelihatan berubah dan serius.
I nak plan untuk Uwais. So, 5 tahun dari sekarang sepatutnya i dah berada di tempat itu. Itu apa yang i dah plan. I tak boleh bagitahu apa dia. Sebagai isteri, ada anak lagi satu ke? I nak tapi i takut. Yang kena nanti aku, yang sakit tu siapa. Walau u ada sebelah i.
Menurut arwah, dia sudah merancang sesuatu untuk anak sulungnya. Pada masa yang sama, arwah sepatutnya sudah berada di suatu tempat. Namun begitu, arwah tidak boleh memberitahu mengenai perancangannya secara lebih teliti. Sebagai isteri, arwah juga mahukan seorang lagi anak. Arwah juga meluahkan rasa takut untuk bersalin kerana kesakitan tersebut akan dirasai sendiri oleh seorang isteri yang hendak bersalin meskipun, suami berada di sisi.
Beruntung dapat Shuib
Arwah Siti Sarah turut memberitahu dia merupakan wanita yang paling beruntung apabila mempunyai suami seperti Shuib. Di akhir video, Shuib meminta isterinya untuk menyanyikan lagu ‘Terakhir Buat Teman’ sebab lagu itu sangat best dan sesuatu.
Sumber: HotFm