Ahmad Aslam dan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania masih berdiam diri mengenai dakwaan mereka bernikah di Songkhla, Thailand, pada Disember tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Geram Marissa Jadi Penyondol, Sanggup Bermadu Padahal Ramai Lelaki Kaya – ‘Aslam Bukan Ada Duit Rasanya’
Artikel Berkaitan: Kakak Dedah Misya Langsung Tak Menangis, Dapat Tau Sehari Sebelum Pulang Dari Umrah – ‘Segala Doanya Didengari’
Makan semeja dengan isteri pertama
Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan Aslam bersama isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan di sebuah restoran.
Menerusi perkongsian di akaun @ladybossrafa_hq, Aslam dilihat menemani Misya mendapatkan satu produk suplemen makanan.
Aslam yang mengenakan t-shirt berwarna hitam kusyuk menikmati hidangan manakala Misya sedang berborak bersama rakan sambil sesekali tertawa kecil.
Beri kata-kata semangat buatnya.
Bagaimanapun, momen dalam video itu tidak dapat dipastikan sama ada baru sahaja berlaku ataupun sebelum kemelut rumah tangga Aslam dan Misya.
Kenapa perlu wujud orang ketiga?
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi fokus kepada kelibat Aslam. Selain itu, warganet turut memuji kecantikan Misya yang putih gebu.
Alahai itu Aslam ke? Marissa kemain lawa.
Bini Aslam (Misya) tak akan rugi apa-apa. Yang rugi hanya Aslam. Bini kedua (Marissa) dah biasa hidup senang dari kecil. Sekarang memang bahagia tengok nanti 2 atau 3 tahun Allah uji.
Sesuai sangat dah tapi kenapa nak kena ada yang ketiga.
Pada Rabu lalu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Bagaimanapun, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.
Malah usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.
Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.
Sumber: TikTok