Di Instagram, pelakon, Farid Kamil dilihat meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya.
Artikel berkaitan: ‘Macam Gaya Jamal Abdillah’ – Video Temuramah Farid Kamil Raih Perhatian
Artikel berkaitan: ‘Saya Tolak Rasuah RM5 Juta Pada Tahun 2017’ – Farid Kamil
Artikel berkaitan: ‘Tak Rasa Bersalah Jadi Perosak Rumah Tangga?’
Artikel berkaitan: ‘Saya Ingin Selamatkan Keluarga. Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia..’ – Farid Kamil
Artikel berkaitan: Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu
Rindunya
View this post on Instagram
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Farid telah berkongsi beberapa foto sewaktu mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah, di Tanah Suci Makkah baru-baru ini. Menurut Farid, dia sangat merindui isteri dan anak-anaknya dan berharap mereka mengerti perasaan tersebut.
Rindunya pada mereka Ya Allah. Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu.
Terdahulu, isteri Farid Kamil iaitu Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pada awal bulan ini. Difahamkan, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Permohonan cerai itu dilakukan atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Malah, mereka juga dikatakan sudah lama tidak tinggal sebumbung. Walau bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.
Sumber: Farid Kamil