Personaliti media sosial, Cik Pia tampil menafikan bahawa dia gagal melunaskan hutang seperti mana dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Cik Pia Didakwa Gagal Lunaskan Hutang & Tak Pulangkan Telefon Bimbit Milik Syarikat?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Tak Salah Kenapa Lari? – Cik Pia Datang Terjah, Boss Kay Pula Dakwa Bekas Isteri Psiko
Penjelasan Cik Pia
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari menegaskan dia sama sekali tidak pernah memburuk-burukan individu tersebut.
Dia yang mulakan dulu, saya tak bergaduh dengan dia pun. Bila dia suruh saya berhenti, saya berhenti dan dengar segala arahan dia.
Dalam pada itu, Cik Pia menjelaskan bahawa dia bukanlah staf di bawah syarikat individu berkenaan dan telefon tersebut telah dianggap sebagai hadiah.
Difahamkan jumlah hutang yang dinyatakan itu adalah harga telefon bimbit tersebut.
Saya ada bukti dalam ‘live’, dia hadiahkan telefon itu dan beg tangan..dia lupa dia ada cakap. Saya bukan staf dia.
Bila peguam tengok kes saya, kalau diikutkan dia lah yang boleh disabitkan kesalahan sebab menggunakan duit syarikat. Tapi saya kata tak apa itu adalah syarikat dia.
Ibu kepada dua orang anak ini juga mendedahkan dia telah dihubungi oleh pihak berkuasa dan mendakwa ada menerima ugutan berikutan isu berkenaan.
Tiga kali saya di telefon polis dan ada ugutan nak ‘kutip’ saya. Jadi boleh ke saya nak serahkan telefon tu macam itu sahaja?
Susulan itu, Cik Pia menegaskan bahawa dia tidak akan memulangkan telefon bimbit tersebut sehingga kes berkenaan selesai mengikut undang-undang.
Saya akan pulangkan selepas saya saman dia. Saya akan pulangkan dengan LOD (surat tuntutan), selepas dia menjawab LOD saya dalam masa 7 hari. Kalau tidak, ia akan dibawa ke mahkamah. Itu cara saya nak pulangkan telefon sebab maruah saya sudah dipijak-pijak. Jadi saya kena ikut cara peguam saya.