berita

[VIDEO] ‘Kalau Tak Salah Kenapa Lari? – Cik Pia Datang Terjah, Boss Kay Pula Dakwa Bekas Isteri Psiko

July 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kemelut dan kontroversi rumah tangga pempengaruh terkenal Boss Kay dan bekas isteri, Cik Pia sering menjadi perhatian warganet dan terbaharu Cik Pia dilihat berusaha untuk berjumpa dengan bekas suaminya namun didakwa tidak dilayan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Tak Hadir Ke JPN, Anak Terpaksa Berbinkan 99 Nama Allah – ‘Buat Live, Keluar Dengan Makwe ..’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Bersuka Ria Cuti Sana Sini, Nafkah Tak Ditinggalkan’ – Bekas Isteri Boss Kay Dakwa Perlu Langsaikan Hutang Bekas Suami

Tak buka pintu kereta

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari dilihat sedang bersiaran langsung di TikTok sambil cuba mendekati bekas suaminya yang berada di dalam kereta dipercayai di kawasan tempat letak kereta di Ampang, Selangor.

Tujuan Cik Pia meminta bekas suaminya itu untuk bertemu dengannya adalah untuk memberi kerjasama dalam urusan surat menyurat dari mahkamah.

Kalau tak salah kenapa lari? Saya nak minta kerjasama awak sahaja untuk ambil surat mahkamah.

Sementara itu, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau Boss Kay turut menjelaskan mengapa dia tidak mahu berjumpa dengan isterinya tersebut menerusi di siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada waktu yang sama.

Saya tak nak jumpa sebab dia mesti nak buat ‘live’ dan dia tahan kereta. Saya malas nak jumpa dia sebab dia psiko.

Bagaimanapun, usaha Cik Pia untuk berjumpa dengan bekas suaminya itu tidak berhasil selepas lelaki tersebut dilihat terus memandu keluar dari kawsan berkenaan.

Sekadar info, Boss Kay pernah mendirikan rumah tangga bersama Nooraini Noni dan Cik Pia. Hasil perkahwinan tersebut, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata namun perkahwinan kedua-duanya berakhir pada Mac lalu.

Tak lama selepas itu, dia berkahwin untuk kali ketiga dengan seorang pelakon dan pengacara iaitu Tash Yong.

@norsufiiajohari

wartawan terjah,? bakal JANDA terjah ? KLU tak salah knp lari..Sye nk mintak kerjasama awk je untuk amek surat mahkamah..#fyp??viral #trending #fyp? #cikpia #viral #fypage #tiktok #fypp #sahabatbosskay #norsufiajohari

? original sound – Norsufiajohari – Norsufiajohari

Sumber: TikTok Cik Pia, TikTok Live Bosskay

SKIP THIS AD ×