Cucu kepada Allahyarham Datuk Aziz Sattar iaitu Ruviyamin Roslan menceritakan kenangan bersama datuknya.
Artikel Berkaitan: Arwah S. Shamsudin Pernah Kena Racun, P. Ramlee Tolong Rawat – ‘Kalau Tidak Bujang Lapok Hilang Seorang Sahabat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tampil Dengan Konsep Filem P. Ramlee, Korang Mesti Tak Sangka Ini Adalah Iklan
Cucu seorang lagenda
@tamotauge Atuk @ruviyamin LEJEN! Tapi sayang.. #bujanglapok #seni #tamotauge #podcastmalaysia
Menerusi podcast Tamo Tauge, Ruvi berkata pada mulanya dia tidak sedar bahawa datuknya adalah seorang seniman sehinggalah usianya berganjak belasan tahun.
Bila kau adalah cucu kepada seorang seniman atau orang yang terkenal, kau tak pandang dia macam tu pun sebab kau tak faham pun perkara itu.
Aku rasa bila aku dah masuk sekolah menengah baru aku macam..’atuk aku legend’. Padahal aku tengok cerita dia..atuk aku berlakon tapi nanti hari Ahad aku jumpa dia juga.
P.Ramlee aku pandang dia sebagai lagenda, aku lupa atuk aku sebelah dia, aku tak perasan benda itu. Apa-apa hal dia ada dekat sebelah kanan.
Setelah menyedari kehebatan seorang lagenda perfileman itu, Ruvi kemudian lebih menghargai setiap momen bersama Aziz.
Bila dah menyedari, baru lah ada kesedaran.
Atuk aku adalah dokumentasi pada zaman itu, macam mana muzik dan filem boleh betul-betul kedepan ketika itu.
Banyak yang aku tanya dia, momen balik kampung..dia akan memandu. Maknanya dari Kuala Lumpur ke Singapura aku berborak dengan dia pasal P.Ramlee..pasal Sudin.
Bagaimanapun, Ruvi masih berasa sedikit menyesal kerana tidak merekod perbualan mereka untuk dijadikan memori berharga.
Tapi banyak benda yang aku tak ingat sebab kami borak santai. Aku pandang benda itu macam satu perbualan antara cucu dengan atuk sahaja.
Dah lama selepas tu baru aku sedar itu sebenarnya satu temu bual, kenapa aku tak rekod. Aku sedikit menyesal, aku tak buat betul-betul.
Sumber: TikTok Tamo Touge