berita

Arwah S. Shamsudin Pernah Kena Racun, P. Ramlee Tolong Rawat – ‘Kalau Tidak Bujang Lapok Hilang Seorang Sahabat’

September 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

P. Ramlee Rawat Sudin Diracun

Bila sebut tentang filem Bujang Lapok pastinya ia sangat sinonim dengan tiga figura hebat iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham S. Shamsudin dan Allahyarham Datuk Aziz Satar.

Sehingga ke hari ini, filem-filem yang dibintangi mereka bersama masih lagi relevan dan menjadi pilihan untuk ditonton setiap lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tampil Dengan Konsep Filem P. Ramlee, Korang Mesti Tak Sangka Ini Adalah Iklan.

P.Ramlee rawat Sudin

P. Ramlee Rawat Sudin Diracun

Namun begitu, terdapat satu kejadian yang dilaporkan terjadi sewaktu penggambaran filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee.

Menerusi video dimuat naik @syawaldaniel94 di TikTok, ketika kejadian S. Samsudin atau lebih mesra disapa Sudin dilihat tiba di set penggambaran dalam keadaan yang memilukan.

Pada satu pagi, seniman S.Shamsuddin tiba di set penggambaran filem Ali Baba Bujan Lapok dalam keadaan yang menyedihkan.

Wajahnya pucat, matanya cengkung, dan suaranya tiba-tiba hilang membisu.

Melihat keadaan sahabatnya yang agak merisaukan itu, dikatakan P. Ramlee segera meminta segelas air lalu dijampinya sebelum diberikan kepada Sudin untuk minum.

Melihat keadaan kritikal Sudin, maka P. Ramlee dengan segera meminta segelas air lalu dijampinya.

Bila Sudin meneguk air itu, dia pun terpekik dengan kuatnya lalu jatuh pengsan. Kepalanya luka menyembur darah.

Beberapa ketika, Sudin difahamkan terus sedar dan mengucapkan terima kasih kepada P. Ramlee.

Sudin turut menjelaskan bahawa sudah beberapa malam dia tidak dapat tidur kerana mengalami muntah darah.

Sudah beberapa malam saya tak dapat tidur dan muntah darah. Saya sudah diperiksa doktor tapi doktor kata tak sakit apa-apa.

Mungkin hilang seorang sahabat

P. Ramlee Rawat Sudin Diracun

Sejak daripada kejadian itu, Sudin pasti akan membawa pulang sebotol air yang dijampi oleh P. Ramlee ke rumah selepas mereka selesai jalani sesi penggambaran.

Menurut P. Ramlee, sekiranya Sudin lambat menerima rawatan yang sepatutnya, sudah tentu dia akan kehilangan seorang sahabat.

Sejak itu, setiap petang selepas shooting, Sudin akan membawa pulang sebotol air jampi dari P Ramlee.

Menurut Ramlee, ‘Jika Sudin lambat, mungkin Bujang Lapok akan kehilangan seorang sahabat.’

Dalam pada itu, Sudin mendedahkan bahawa dia tahu gerangan siapakah yang meracuninya itu namun memilih untuk tidak membongkarkan mengenai perkara tersebut.

‘P. Ramlee memang banyak ilmu’

P. Ramlee Rawat S. Shamsuddin Diracun

P. Ramlee Rawat S. Shamsuddin Diracun

P. Ramlee Rawat S. Shamsuddin Diracun

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula mengakui bahawa terdapat sedikit perubahan pada suara seniman S. Shamsuddin sewaktu beliau membintangi filem Ali Baba Bujang Lapok tersebut.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×