berita

[VIDEO] Pinjam Anak Orang Di Restoran, Atok Tunggu 5 Tahun Nak Timang Cucu – ‘Meh Atok Pegang Kejap Boleh?’

June 26th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kehadiran cahaya mata pasti memberikan kebahagian kepada kedua orang tua kita yang inginkan cucu. Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dengan mudah.

Begitulah kisah seorang pakcik yang menumpang gembira pada cucu seorang individu yang dijumpai di sebuah restoran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diasak Soalan Tentang Zuriat Ketika Beraya, Wanita Menangis Teresak Dalam Kereta

Artikel Berkaitan: Tak Sempat Sambut Zuriat Pertama, Suami Sedih Isteri & Anak Dalam Kandungan Meninggal Dunia Serentak

Teringin nak timang cucu

@ameeraida

semoga ada rezeki untuk atok nenek nimang cucu ? #lakibini #couplestiktok #malaysiacouple #babytiktok #babymalaysia #suamiistri #fyp #fyp??viral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia

? suara asli – Azizah_bams – Azizah_Jambi

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Ameer dilihat berada di sebuah restoran bersama isteri dan anaknya, Aufaa.

Namun, apa yang menarik perhatian Ameer apabila dikatakan ada seorang pakcik yang kelihatan teruja melihat anak kecilnya itu.

Tengah breakfast di kedai, ada pakcik meja sebelah senyum-senyum tengok Aufaa.

Menurutnya, pakcik tersebut meminta izin untuk mendukung anaknya sementara mereka menikmati makanan yang dipesan.

Tambahnya lagi, pakcik dan makcik tersebut menunggu selama lima tahun namun masih belum tiba rezeki untuk dikurniakan cucu.

Terima kasih bagi pinjam!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih buat pasangan itu yang mengizinkan pakcik tersebut memegang anaknya walaupun sekejap. Selain itu, terdapat juga yang mendoakan agar rezeki zuriat buat anak-anak mereka.

Sumber: TikTok @sotobudu

SKIP THIS AD ×