Personaliti media sosial, Dahlia Rizal mengakui suaminya, Imran Aqil yang juga merupakan seorang pelakon sangat menitikberatkan soal pemakaiannya selepas mereka bergelar suami isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Suami, Sayangku & Rumahku’- Dahlia Rizal
Bukan dikongkong
Menerusi video di TikTok, Dahlia berkata Imran meletakkan syarat untuk berfesyen mengikut syariat ditetapkan dalam Islam. Bagaimanapun, ‘influencer’ berumur 22 tahun tidak pernah menganggap Imran mengongkong atau mengawal imej dirinya.
Most of the time.. yes (kawal pemakaian tudung). Turban tak bagi, kalau bagi pun kena tutup dada dan leher. For now, stail saya adalah muslimah friendly.
Saya rasa disayangi bukan dikongkong. Saya tak pernah rasa dikongkong dalam bab pakaian.
Kalau dia minta saya pakai satu pakaian, dia cuma cakap pakailah stokin, tutup dada. Macam itu saja.
Sementara itu, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin berkata dia bertanggungjawab menjaga isteri selepas sah bergelar suami.
Saya rasa memang tanggungjawab suami. Selepas akad nikah, saya lebih mencintai Dahlia. Dan dalam masa sama, perasaan cemburu itu ada juga.
Maksudnya, kalau ada kawan lelaki dia keluar bersama Dahlia dan rakan-rakan perempuan lain tanpa saya. Saya tak boleh.
Mula kena jaga batas dan perbualan. Nasihat sebegitulah.
Slow-slow tegur
Dalam pada itu, aktor berumur 23 tahun menyatakan dia juga mendapatkan nasihat daripada individu yang lebih berpengalaman untuk menjamin rumah tangga bahagia dan stabil.
Bila jadi suami, saya rasa kena jaga sebab risau.. Bukan sebab dia tak mahu dengar cakap tetapi tak ingin perkara tidak diingini berlaku.
Saya baca banyak kisah-kisah rumah tangga. Bukan nak cakap saya baik tapi perkara itu buat saya paranoid sikit. Saya cuba tapi bukanlah saya kawal sangat.
Saya juga dapat nasihat daripada orang agar jangan terlalu terburu-buru macam paksa pakai tudung labuh. Kita perlahan-lahan tegur.
Terdahulu, Imran Aqil akhirnya selamat diijabkabulkan dengan model terkenal, Dahlia Rizal selepas setahun bertunang.
Sumber: TikTok