Seorang wanita berkongsi rasa sedih apabila dia diajukan soalan mengenai zuriat ketika kunjungan raya ke rumah sanak saudaranya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mandi Hujan Ketika Raya Pertama, Netizen Doakan Izzue Islam & Isteri Dikurniakan Zuriat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Walaupun Belum Ada Zuriat Lagi, Tapi Tidak Mengapa ..’ – Siti Elizad Sebak Dengar Ucapan Dari Suami
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Mohon Doa Daripada Peminat
Hilang mood raya
Menerusi sepotong video yang dikongsikan pengguna TikTok @dbyinn, dia dilihat gagal menahan air mata dan menangis teresak-esak di dalam kereta selepas diasak soalan tentang berbadan dua memandangkan dia dan pasangannya sudah bernikah sejak setahun lalu.
Menurutnya lagi, soalan tersebut juga membuatkan ‘mood’ hari rayanya hilang.
Raya nak seronok-seronok, tapi orang asyik tanya bila berbadan dua.
Tambah wanita itu lagi, dia menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga percakapan terutama berkenaan zuriat memandangkan soalan sedemikian begitu sensitif.
Dalam masa sama, dia juga meminta orang ramai untuk mendoakannya serta pasangan lain yang masih belum dikurniakan cahaya mata agar mendapat rezeki yang sememangnya menjadi impian setiap pasangan suami isteri.
Tolong jadi seseorang yang sentiasa menjaga percakapan, awak tak tahu macam mana perasaan saya setiap kali menangis apabila saya datang bulan.
Minta tolong doakan untuk saya dan suami serta pasangan lain di luar sana yang impikan malaikat kecil kerana kita tidak tahu doa siapa yang termakbul nanti, Insya-Allah.
Sementara itu, pada video sama, si suami yang berada di tempat duduk pemandu dilihat cuba menenangkan keadaan dengan mengesat air mata isterinya.
Reaksi netizen
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas khusunya kaum wanita sangat memahami dilema yang dialami wanita tersebut apatah lagi bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang kurang senang dengan sikap sesetangah indvidu yang suka ‘busy body’ tentang rumah tangga orang lain.
Video
@1103qwertyuiop pls pls be extra-careful with your words. you don’t know what it’s like to not cry everytime my period shows….. do pray for us and other couples yang impikan malaikat kecil bcs kita tak tahu doa siapa yang termakbul nanti, insya Allah #ttcjourney ? Kecundang by Masdo – Sofea?Yaya