berita

[VIDEO] Dikecam Selfie Bersama Husky, Nabila Huda Lantang Bidas Teguran PU Syed

November 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerima teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed kerana berselfie dengan seekor anjing jenis Husky. Menurut PU Syed, tindakan Nabila yang seolah-olah menormalisasikan dosa sangat bahaya dan boleh mendatangkan fitnah kepada agama. Terbaru, pelakon filem Munafik itu menjawab teguran PU menerusi satu video di Instagram.

‘Masalah awak ni apa?’

https://www.instagram.com/p/B4bkPwuJMk8/

Video durasi 6:35 minit ini menyaksikan Nabila Huda bidas teguran dari Pencetus Ummah Syed, tempoh hari. Pelakon wanita itu menyatakan posting dan gambar dimuatnaik di media sosial adalah hak individu.

Tak payah nak la buat write up tulis kat Twitter. Nak buat apa? Nak glamour? Nak nama you naik? You nak tunjuk kat semua orang yang you are God? Why?

Lepas tu tak payah la nak sebut pasal selebriti. Aku paling pantang betul lah. Bila orang sikit-sikit nak sebut pasal selebriti. Selebriti bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke?

Saya cuma nak share dengan semua orang, I love animal so much even I love dog. Kalau saya tahu benda itu haram, tak boleh pegang, tak apa. Kita kan boleh samak ia. Tak jadi masalah.

Saya explain apa yang saya rasa

Meskipun, ruang Instagram milik Nabila Huda dihujani dengan kritikan dan kecaman yang menyifatkan pelakon itu tidak mampu untuk terima teguran. Dia bertegas dengan pendirian dan menyarankan pengikut unfollow jika tidak suka.

Tambah Nabila lagi, dia meminta agar mana-mana pihak yang ingin menasihatinya mengenai perkara ini digalakkan untuk berjumpa dengan dirinya dan selesaikan perkara yang tidak berpuas hati itu.

Sumber: Nabila Huda

SKIP THIS AD ×