Foto selfie yang dimuatnaik pelakon Nabila Huda bersama seekor anjing jenis Husky mengundang perhatian netizen. Bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai, Nabila menjelaskan dirinya sudah pun samak atau menyucikan bahagian yang bersentuan dengan binatang tersebut. Tindakannya itu bagaimanapun tetap mendapat teguran daripada PU Syed.
Pencetus Ummah Syed menerusi laman Instagram menegur tindakan pelakon itu dan menegaskan agar masyarakat beragama Islam tidak terikut dengan tindakan sedemikian.
‘Saya dah cibuk muka dan sertu’
Foto selfie Nabila Huda bersama seekor Husky ketika keluarganya bercuti di Christchurch, New Zealand ini telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis dan golongan agamawan. Terlebih dahulu, pelakon wanita itu telah memaklumkan menerusi kapsyen di ruangan Instagram bahawa dia telah pun melakukan sertu (samak) supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi.
Hukum menyentuh anjing
Sementara itu, PU Syed menjelaskan hukum menyentuh anjing berpandukan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Meskipun, perkara tersebut telah dimaklumkan Nabila Huda telah pun samak, namun, tindakan memuatnaik foto sedemikian di media sosial adalah tidak digalakkan.
Saya Dah Samak. Itu kata-kata Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa dikalangan mereka.
Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kepada peminat mereka. Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pada agama.
Biar tahu jangan keliru
Tambahnya lagi, tindakan memuatnaik foto bersama anjing sebegini cenderung menimbulkan fitnah buat agama Islam sendiri dan pandangan penganut agama lain terhadap Islam. PU Syed turut meninggalkan pesanan buat rakan-rakan artis untuk tidak memuatnaik foto sedemikian kerana bumbang menjadi ikutan peminat.
Hukum menyentuh anjing. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A.
Maksudnya: “Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata: Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda: Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata: Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad).
Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yang menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat-peminat beliau. Biar tahu jangan keliru.
Sumber: Nabila Huda, PU Syed