berita

Dua Minggu Sembunyi Di Siling Tandas, Zoey Rahman Terkejut Rumah Keluarga ‘Dikunjungi’ Ular Sawa Seberat 50 Kilogram

October 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Zoey Rahman berdepan detik cemas apabila dimaklumkan kediaman keluarganya di Terengganu dimasuki seekor ular sawa.

Artikel Berkaitan: Sempena Hari Kebangsaan, Remaja Cabar Diri ‘Lepak’ Dengan Lima Ular Sawa Seberat 300 Kilogram

Ular sawa berat 50 kg

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Ketika dihubungi OhBulan!, Zoey, 36, menyatakan ketika kejadian dia tidak berada di Terengganu. Menurut pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, binatang buas itu dijumpai oleh ayah dan bapa saudaranya di siling tandas bahagian belakang rumah itu.

Ceritanya lebih lanjut, Zoey berkata ular sawa seberat 50 kilogram (kg) itu difahamkan bersembunyi di situ sejak dua minggu lalu.

Kejadian itu berlaku di tandas yang jarang digunakan oleh ahli keluarga saya. Cuma, kelmarin ayah saya masuk ke tandas berkenaan untuk mengambil barang dan mendapati terlalu banyak debu di lantai walaupun persekitarannya bersih.

Jadi, ayah berasa curiga selepas nampak lubang dan terus panggil bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk memeriksa keadaan siling tandas itu. Bila bapa saudara saya panjat dan suluh dengan lampu, baru nampak ada seekor ular sawa berlingkar di situ.

Ayah saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk datang ke rumah menangkap ular sawa berkenaan. Selepas ditangkap, tak sangka ia agak besar dan dianggar seberat 50 kg. Tak tahu la dia (ular) makan apa.

Datang dari kebun belakang rumah

Tambah usahawan popular itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa mengambil masa selama 30 minit bagi mengeluarkan ular sawa terbabit.

Dalam pada itu, pelakon drama Mat Rukun tidak menolak kemungkinan ular sawa itu datang daripada kawasan kebun belakang rumah keluarganya.

Biasalah, kawasan rumah kampung. Semak sikit-sikit mesti ada, ditambah dusun buah-buahan lagi. Apapun, saya bersyukur ular sawa itu sudah ditangkap oleh pihak APM kelmarin.

Kalau tidak risau juga dengan keselamatan ibu bapa serta abang saya bersama keluarganya yang duduk dalam rumah itu.

Sumber: Instagram @zoeyrahman

SKIP THIS AD ×