Pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof tampil bersuara mengenai topik ‘body shaming‘ yang menjadi bualan hangat di kalangan pelakon, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: PRU15: Pernah Tinggal Dalam Rumah Serba Kekurangan, Eizlan Yusof Faham Kesusahan Rakyat
Artikel Berkaitan: PRU15: ‘Bergegas Dari Set Penggambaran Ke Penamaan Calon’ – Eizlan Yusof
Artikel Berkaitan: Isteri Selamat Bersalin, Eizlan Yusof Timang Cahaya Mata Keempat. Tahniah!
Body shaming
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Eizlan menyatakan bahawa seseorang individu itu masih berpeluang untuk berlakon walaupun sudah berusia dan memiliki berat badan yang melebihi. Namun begitu, ianya harus mengikuti momentum semasa.
Dalam pada itu, Eizlan, 51, menitipkan pesanan agar tidak terlalu bongkak kerana takut ‘jatuh’ dengan tindakan sendiri.
Dah tua…yes…dah gemuk. Tapi boleh sahaja berlakon filem aksi. Ikut momentum semasa.
Dalam hidup kita ini, jangan terlalu mendongak ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.
Sekadar pandangan dari orang tua yang kerdil ini.
@eizlanyusof dah tua… yes… dah gemuk… yes tapi boleh ajer berlakon #filem #aksi ikut momentum semasa… dlm hidup kita ni, jgn terlalu mendongak ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.. sekadar pandangan dari org tua yg kerdil ini.. #stop #bodyshaming and #respect each other ? #Filem #Malaysia #KerambitTheMovie #fyp??viral #ComingSoon #foryourpage #fyp #foryoupage #fypage
Otai masih berbisa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Eizlan yang tetap tampan walaupun sudah berusia. Selain itu, terdapat juga yang memuji kata-kata daripada pelakon yang sudah berpengalaman tersebut dalam menyentuh isu yang sensitif sebegini.
Sumber: TikTok @eizlanyusof