Di Instagram, penyanyi Tom memberitahu dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Tahniah!
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Hamil Dalam Keadaan Lebih Teruk Lagi’ – Tom Sedia Beraksi Dalam Famili Duo, Lali Kecaman Netizen
Impian tercapai
Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikhram, 37, meluahkan rasa syukur apabila impian untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai.
Ya Allah Syukur Ya Allah. 90 peratus imbasan anak perempuan. Terima kasih Ya Allah. Akhirnya dapat juga merasa anak perempuan.
Menerusi video yang dikongsikan, Tom dilihat mengalirkan air mata sambil memeluk suaminya, Fuad Rahman dan dua orang anaknya di sisi. Tom turut memegang gambar imbasan bayi di tangannya pada waktu itu.
Dalam pada itu, Tom turut meluahkan rasa gementar sebelum menanti keputusan imbasan jantina tersebut. Ujarnya,ini merupakan peluang terakhir untuknya memiliki cahaya mata perempuan namun tidak meletakkan harapan tinggi terhadap jantina anaknya.
Gementar sangat-sangat. Dah ada tiga anak lelaki. Adakah aku dapat merasa nak ada anak perempuan dalam hidup aku? Ini anak terakhir tapi apa pun aku terima walaupun ditakdirkan anak lelaki lagi.
Sekadar info, Tom dan Fuad berkahwin pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia. Namun sebelum itu Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Video
Sumber: Tom