Isu pendedahan perkahwinan kedua pempengaruh media sosial, Alif Teega menjadi satu fenomena hangat di media sosial dan sehingga hari ini masih diperkatakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Kena Serang Dengan Netizen – ‘Kau Dah Bercerai Ke?’
Tips suami tak curang
Gara-gara nama ‘Alif’, usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri turut terpalit dalam kontroversi itu. Terbaru, ada netizen yang meminta tips supaya suami tak curang daripada Aliff.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff, 36, berkongsi tiga cara yang boleh diamalkan. Antaranya mencadangkan golongan isteri untuk mengambil tahu kata laluan (password) akaun media sosial milik suami.
Selain itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman juga menyaran kaum isteri untuk menguruskan kewangan suami.
Pertama sekali kau pegang password media sosial supaya tak curang. Kedua, duit gaji dia contoh kalau gaji RM5000, kau bagi tangan dia RM500 saja. Yang lain simpan untuk keperluan anak, duit makan dan simpanan.
Nanti kalau perempuan lain tengok lelaki kaya mula menggeletis. Sebab apa? Sebab nak cari lelaki bujang banyak susah. Sebab itu rembat lelaki kau!
Jangan letak nama suami
Dalam pada itu, suami kepada Nur Shahida Mohd Rashid tidak menggalakkan isteri untuk meletak nama suami pada aset-aset yang sudah dibeli.
Lelaki ini jangan kau bagi nama kereta ke rumah. Semua letak atas nama kau atau anak. Nanti kalau dia nak kahwin lain, dia fikir 10 kali
Itulah tips berguna. Jangan marah ya orang lelaki.
Pada petang Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.
Sumber: Instagram