Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyorot perhatian ramai ketika hadir ke istiadat konvokesyen universiti tersebut yang berlangsung di Arau baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Agong, Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Luar Biasa Rakyat Sabah
Artikel Berkaitan: Setelah Dihina ‘Mandul’, Siti Elizad Terharu Dapat Panggilan Dari Permaisuri Agong
Meriahkan suasana konvokesyen
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Tuanku Syed Faizuddin sedang berada di atas pentas dan memberi arahan kepada para graduan dan tetamu untuk melakukan sorakan.
Semua yang hadir pada majlis tersebut mendengar dengan baik setiap arahan baginda yang mahu memeriahkan suasana.
Sebagai tradisi konvokesyen UniMAP, kita buat ‘Mexican wave’ boleh tak? Kita mula dari barisan depan sampai ke belakang, dari belakang sana sampai ke depan naik ke sini habis satu pusingan.
Macam biasa, tiap-tiap tahun sama sahaja. Barisan hadapan bangun sorak sampai ke belakang. Pernah tengok tahun lepas punya kan?
Paling mencuit hati adalah ketika baginda meminta semua untuk berhenti dan secara berseloroh menegur tetamu yang salah pergerakannya.
Okay berhenti sekejap. Itulah pak cik tak datang raptai. Rasanya pak cik mak cik semua ini ramai yang muda daripada saya.
Itu pusingan raptai sahaja, jangan bimbang dalam buku ini (tentatif acara) jam 12.15 baru kita selesai.
Para graduan dan tetamu kemudian melakukan ‘Mexican wave’ sebanyak tiga pusingan dengan sorak sorai penuh kegembiraan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian baginda yang disifatkan ‘sporting’. Dalam masa yang sama, mereka geli hati melihat gelagat baginda yang membuatkan tetamu tidak berasa bosan ketika berada di dalam dewan.
@acap27442
Sumber: TikTok