berita

Istiadat Konvokesyen University Al-Azhar Dibatalkan Saat Ibu Bapa Dalam Penerbangan

March 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selain Universiti Teknologi Mara (UiTM), beberapa universiti di luar negara turut mengumumkan bahawa Istiadat Konvokesyen mereka bakal ditangguhkan berikutan dengan penularan wabak Covid-19.

Menerusi Twitter Farys Nordyn, lelaki ini turut berkongsi satu tweet di mana University Al-Azhar turut membatalkan upacara konvokesyen mereka untuk tahun ini. Lebih menyedihkan, keluarganya sudah berada dalam perjalanan ke Cairo, Egypt sebelum pengumuman tersebut dilakukan.

My parents’ flight also got diverted

Menurut Farys yang merupakan pelajar bidang perubatan di University Al-Azhar, istiadat konvokesyen universitinya pada tahun ini terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19 hampir seluruh negara. Tambahnya, penerbangan ibu bapanya dari Malaysia ke Egypt menghadapi kesukaran dan pesawat yang dinaiki terpaksa ke arah Cyprus sebelum tiba ke destinasi.

Di samping itu, Mesir pada ketika itu sedang dilanda banjir. Dia terpaksa menyeberangi jalan walaupun paras air ketika itu sudah melepasi pergelangan kakinya.

My parents have safely landed!

Perasaan lega turut diluahkan Farys sebaik sahaja keluarganya selamat tiba di lapangan terbang Cairo. Mereka sempat bergambar bersama dan kesemua keluarganya memakai topeng muka dan hand sanitizers. Keadaan kelam-kabut di Mesir ketika hendak bawa keluarganya berjalan-jalan turut dikongsikan. Hanya perasaan sabar yang mampu diungkapkan olehnya.

Tak ada gathering ramai-ramai

Sumber: Farys Nordyn

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×