Usahawan manisan terkenal, Kieda Crepe mengundang sebak warganet apabila dia mengenang kembali momen bersama arwah bapanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Pilih Jadi Penghuluwati PLKN, Dah Tak Duduk Kat Kedai – ‘Doakan Saya Jadi Ketua Berjaya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli
Beri kereta arwah bapa pada ibu
Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan Kieda sedang mengambil kereta milik arwah bapanya yang telah siap dibaiki selepas rosak akibat kemalangan.
Hari yang saya tunggu sudah sampai sebab saya memang rindu. Hari ini saya cuti untuk saya luangkan masa ambil dia (kereta).
Genap 104 hari hidup tanpa seorang abah. Kereta kamu dibengkel siap dibaiki. Saya baiki kereta ini pakai duit poket sendiri.
Dalam pada itu, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkata kereta tersebut telah dibaiki dengan segera untuk diberikan kepada ibunya sebelum selesai tempoh iddah selain mahu menunaikan hasrat arwah bapanya.
Saya tak guna insuran sebab saya nak kereta ini cepat-cepat siap sebelum mama habis iddah.
Seminggu sebelum kamu meninggal selalu kamu cakap, ‘kalau abah tak ada nanti kereta ini bagi mama, dia nak pergi mengajar’.
Hari ini saya tunaikan permintaan kamu. Saya pastikan kereta ini ‘sedap’ dibawa, saya nak bagi mama naik kereta ini macam mana yang abah selalu cakap.
Difahamkan kereta tersebut dihadiahkan Kieda buat bapanya kira-kira 10 hari sebelum bapanya meninggal dunia.
Sementara itu, Kieda juga tak mampu menahan sebak apabila melihat barang-barang peninggalan arwah di dalam kereta tersebut.
Paling saya tak sangka, kamu tinggalkan kenangan ‘kesan darah’ kamu untuk isteri kamu ingat kamu selalu ya?
Kenangan kamu, sikat yang masih bau diri kamu..mainan cucu yang kamu simpankan.
Pada Julai lalu, bapa kepada usahawan tersebut menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut Kieda, sebelum kemalangan itu berlaku, bapanya sudah lama mengalami sakit jantung.
@kiedacrepe Aku sangka aku dah cukup kuat…. ternyata TIDAK……. ??? #kiedacrepe
Sumber: TikTok Kieda Crepe