berita

[VIDEO] Kieda Crepe Pilih Jadi Penghuluwati PLKN, Dah Tak Duduk Kat Kedai – ‘Doakan Saya Jadi Ketua Berjaya’

November 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

kieda plkn

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjadi ‘trending’ di media sosial sejak semalam apabila pihak kerajaan mengumumkan bakal memperkenalkan semula pelaksanaanya yang menyasarkan golongan belia berumur 16 hingga 35 tahun.

Ekoran itu, warganet mula mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memilih pempengaruh terlebih dahulu bagi merasai pengalaman ke sesi baharu program tersebut.

Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Suruh ‘Join’ PLKN, Imran Bard Bidas Netizen – ‘Aku Ni Juara Kawad Bersenjata Ya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli

Nama kena petik

kieda plkn

Menerusi tinjauan OhBulan! di platform X, terdapat segelintir warganet yang mencadangkan nama usahawan, Kieda Crepe untuk menyertai program latihan itu.

Harap kumpulan pertama PLKN nanti Kieda Crepe kena masuk dahulu, dia macam sesuai jadi ketua platun. Sekali jerkah semua masuk baris.

Kieda kemudian dilihat tampil memberi respon terhadap cadangan warganet tersebut dan secara berseloroh dia mahu merealisasikan hasrat mereka.

Disebabkan Kieda diseru, jadi saya anak beritahu lepas ini mungkin saya dah tak duduk dalam Kieda Crepe.

Disebabkan Kieda nak jaga hati semua orang, saya terpaksa memilih untuk menyertai penghuluwati PLKN selepas ini.

Dalam pada itu, usahawan ini juga sempat menyindir segelintir warganet yang selalu mengecamnya dengan menyeru mereka untuk tampil menyertai kumpulannya jika berjaya memasuki PLKN kelak.

InsyaAllah, doakan saya untuk jadi ketua yang berjaya dan andai kata ada yang berminat untuk menjadi anak-anak dibawah penghuluwati saya, silakan.

Saya alu-alukan yang suka mengecam tapi lembek lutut, lembek untuk ke depan..yang suka menyorok tapi mengata orang.

Sementara itu, selain Kieda, antara nama pempengaruh yang turut dicadangkan adalah Imran Bard, Azfar Heri dan Khairul Aming.

@kiedacrepe

Daftar nama anda untuk sertai PLKN bersama penghuluwati kieda ?? #kiedacrepe

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: X , TikTok

SKIP THIS AD ×