Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan ‘air sirap kenduri’ sebagai air basuhan.
Artikel Berkaitan: Didakwa Bergambar Terlalu Dekat Dengan Ustaz Azhar Idrus, Uqasha Senrose Respon ‘Saya Tahu Batas, Ini Foto Dari Sisi Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’
Hukum haram
@abdmanbindin Air Basuh Tangan Kenduri #dakwah #ceramah #ustazazharidrus #kenduri ? original sound – AbdulRahman
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, UAI berkata tindakan itu haram kerana tuan rumah menyediakan air sirap sebagai minuman. Kata UAI, perkara itu sering dilakukan di mana-mana kenduri kerana malas untuk berjalan ke tempat cucian tangan.
Kalau pergi rumah orang kenduri, jangan basuh tangan dengan air sirap. Haram.
Ramai orang basuh (guna air sirap). Dia malas nak berjalan sebab paip jauh. Dia ambil sirap itu.
Kerana air itu disediakan oleh tuan rumah untuk diminum. Situ haram. Ha kena jaga, jangan buat lebih kurang.
Sumber: TikTok