Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan harga yang dikenakan untuk jemaah haji dan umrah di Makkah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rancak Kongsi Momen Tunai Haji, Aliff Syukri Ditegur Netizen – ‘Tinggal Lah Kejap Media Sosial Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Serik Bergelek, Netizen Tanya Dah Tak Takut Mati Ke? – ‘Haritu Macam Menyesal ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Baru Terbuka Hati Selepas 15 Tahun – ‘Dengan Kerelaan Diri Sendiri Tanpa Paksaan’
Ikat perut
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Aliff Syukri berkongsi pengalamannya menunaikan haji dengan keadaan yang berbeza berbanding dulu.
Dedahnya, barangan basah dijual dengan harga sangat tinggi dan itu membuatkannya berasa risau dengan jemaah lain yang tidak membawa duit tambahan.
Di sini barang hampir semua mahal dari biasa. Dulu saya bawa duit poket RM1,000 terasa besar, boleh beli macam-macam. Sekarang macam RM150 sahaja disebabkan mata wang kita amat lemah.
Tidak dapat saya bayangkan jemaah yang tidak ada bawa duit tambahan. Hanya mengharapkan sepenuhnya daripada agensi sahaja. Kena ikat perut lah di sini.
Tambah Aliff lagi, tambang teksi turut mengenakan bayaran yang mahal walaupaun jarak perjalanan yang dekat.
View this post on Instagram
Harga mahal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Aliff Syukri tentang harga yang dikenakan di Makkah. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang berterima kasih atas perkongsian pengalaman di sana agar dapat menjadi pengajaran dan persediaan kepada jemaah yang lain.
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris