Selepas setahun mengikat tali pertunangan, penyampai radio dan pelakon Imran Aqil akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, pada malam Sabtu.
Artikel Berkaitan: Imran Aqil Nikah Hujung Tahun, Dedah Dahlia Rizal Diganggu Lelaki Kaya
Sekali lafaz
Menerusi hantaran video di Instagram (IG), Hot FM, Imran sah bergelar suami kepada Dahlia hanya dengan sekali lafaz.
Majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu menyaksikan Imran, 24, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sementara itu, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal dilihat telah memuat naik tiga keping foto di Instagram Stories.
Antara yang mencuri tumpuan warganet adalah genggaman tangan bersama suami tercinta.
Terdahulu, Imran dan Dahlia selamat mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
Sumber: Instagram