Untuk kekal istiqamah dalam sesuatu hal yang kita lakukan tidaklah semudahnya yang diniatkan. Namun begitu, usaha dan doa yang disertakan dalam penghijrahan ke arah kebaikan itu pasti menghasilkan sesuatu yang bermanfaat akhirnya.
Begitulah kisah pelakon Izara Aishah dengan penampilannya yang bertudung walaupun tidak mengumumkannya secara terbuka.
Artikel Berkaitan: Baju Songket Izara Aishah Curi Perhatian, Dipuji Nampak Mahal – ‘Aura Macam Artis Bollywood!’
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Kamu Reput Di Neraka!’ – Izara Aishah
Artikel Berkaitan: Nak Berhijrah Ke Nak Melawa? Peminat Suruh Izara Aishah Pedulikan Komen Negatif
Nak buka, bukalah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Izara dilihat sedang melakukan live dan menerima soalan daripada seorang individu tentang tips untuk kekal istiqamah.
Menurut Izara, 30, dia akui bahawa iman manusia ada turun dan naik. Namun begitu, lama-kelamaan rasa ‘kuat’ itu akan datang dengan sendirinya jika betul dengan niat.
Takpe tak kuat, pakai je tudung. Kalau nak buka, buka lah.
Izara semenjak pakai tudung, Izara punya rezeki…tak tahu nak cakap macam mana.
Memang iman kita naik turun, lama-lama dia akan rasa kuat. Akan rasa sendiri yang kita nak menutup aurat.
Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin memaklumkan bahawa dirinya mula membuat keputusan untuk menutup aurat apabila dirinya terbaca satu ayat daripada Al-Quran dimana suruhan daripa-Nya sendiri untuk menutup aurat.
Walaupun datang daripada keluarga yang dibesarkan secara moden, namun, Izara memberitahu bahawa keluarganya merupakan sebuah keluarga yang beragama.
@user637484748 cantik nya Izara, soft spoken MashaAllah ? #izaraaishah #izaraworld
Lembutnya Izara
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet. Namun, kebanyakan netizen bersetuju dengan tips yang diberi Izara. Dalam pada itu, terdapat juga pujian yang dilontarkan kepada pelakon drama ‘Cinta Masam Manis’ itu dengan caranya yang menjawab dengan nada ‘soft spoken‘.
Sumber: TikTok @user6374