Ibu kepada usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim menitipkan nasihat buat anak lelakinya itu susulan pelbagai kontroversi yang melibatkan namanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Mak Meninggal Tolong Sambung Bacakan Al-Quran Ini’ – Bonda Rozita
Artikel Berkaitan: ’10 Malam Akhir Kejar Lailatur Qadar, Kamu Lancar Video Lagu Raya Tak Berakhlak! Delete Sekarang’ – Ibu Aliff Syukri
Pesanan ibu
Ketika sambutan Aidilfitri beberapa hari lalu, seluruh keluarga Rozita berkumpul di kediamannya.
Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan semua anak dan cucu-cucunya bermaaf-maafan di pagi raya dan yang paling menarik perhatian adalah momen Rozita bersama Aliff.
Mak pun bukanlah seorang mak yang baik tapi sampai akhir hayat kau mak reda. Semoga kau berubah. Doakan yang terbaik untuk kau.
Dalam pada itu, Rozita sempat berpesan kepada Aliff supaya tidak lagi menghasilkan lagu raya demi menjaga maruah keluarga.
Satu yang mak minta, jangan ada lagi lagu raya..mak serius ni, mak tak bergurau.
Kita berdua jaga maruah kita, maruah seorang lelaki, maruah orang Islam, maruah anak-anak kita. Cukuplah dugaan kita susah, jangan susahkan keluarga kita lagi.
Bagaimanapun, Rozita tetap bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Aliff dan berterima kasih kepadanya.
Terima kasih jadi anak yang baik, terima kasih maafkan mak. Mak tak ada duit raya, mak cuma ada kasih sayang.
Mudah-mudahan kita jumpa lagi dekat syurga ya Syukri. Solat betulkan ya.
Di ruangan kapsyen pula, Rozita berharap agar warganet memahami situasi mereka dengan tidak lagi melemparkan sebarang kecaman.
Dia bergurau dengan kami, kami faham..tapi bergurau di media sosial kena ada sensitiviti. Jangan jemput fitnah, dosa selalu memburu hidup kita.
Follower mohon jangan kecam, seburuk-buruk anak saya dia tetap anak saya. Ujian untuk bonda, Allah pilih saya untuk dakwah.
Follower maafkan bonda ya. Saya penat dengan fitnah kecaman maka saya tulis. Saya jarang pos bab ni.
@ibondarozitaibrahim Dia bergurau dgn kami , kami faham .. tapi bergurau dimedia sosial kena ada sensitivity . Jangan jemput fitnah , dosa selalu memburu hidup kita .. . Follower mohon jgn kecam – seburuk2 anak sy dia tetap anak sy – ujian utk bonda – Allah pilih sy utk dakwah – . Follower maafkan bonda ya . Kri masa awal kawin serumah dgn sy sampai ada Qadejah .. Selepas baem mereka xserumah dgn sy . Anak yati xpernah membesar dgn sy #bukan xrapat tp mereka mmg kurang cakap ikut dady dia macam tu . Sy penat dgn fitnah kecaman maka sy tulis .. sy jarang pos bab ni#bondarozitaibrahim #jrmprodukbonda #rumahhutanbondarozita
Sumber: TikTok Rozita Ibrahim