berita

Tampil Dengan Muzik Rancak & ‘Catchy’, Ini 10 Lagu Raya 2024 Pilihan OhBulan!

April 8th, 2024 | by Alia
Kini Trending

lagu raya

Apalah makna hari raya tanpa lagu raya kan? Walaupun kita sering mendengar lagu-lagu raya evergreen tapi lagu-lagu baru pun tak kurang hebatnya.

Jom tengok 10 lagu baru karya istimewa daripada selebriti tempatan sempena sambutan aidilfitri 2024.

Artikel Berkaitan: Jom Tengok Playlist Lagu Raya Baharu 2023 Pilihan OhBulan!

Artikel Berkaitan: 10 Lagu Raya ‘Evergreen’ Pilihan OhBulan!

1. Alamak Raya Lagi (De Fam)

Paling trending di media sosial! Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan De Fam menjadi siulan ramai dan antara lagu yang banyak digunakan di platform TikTok. Bukan itu sahaja tontonan muzik video juga telah mencecah hampir empat juta di YouTube. Power comeback De Fam kali ini!

Kami harap korang jangan kelam kabut tau nak sambut raya, pastikan semua sudah tersedia.

2. Ketipak Ketipung Raya (Aisha Retno & Aziz Harun)

Baju raya dah beli ke sayang?

Dengar sahaja lagu ini mesti teringat cinta hati, manakan tidak hasil karya pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Aishah Retno dan Aziz Harun ini sangat istimewa dan merupakan antara lagu baru hari raya yang menjadi fenomena tahun ini.

3. Jalan-Jalan Hari Raya (Aina Abdul)

Penyanyi bervokal tinggi, Aina Abdul antara selebriti yang tidak ketinggalan untuk menghasilkan lagu sempena raya tahun ini. Lagu yang berjudul Jalan-Jalan Hari Raya adalah hasil karya Aina sendiri bersama Ezra Kong.

Sambil-sambil ziarah sanak saudara tu pasanglah lagu ini confirm seronok nyanyi ramai-ramai!

4. HAHAHAHAHari Raya (Ernie Zakri)

Tajuk pun dah unik kan? Lagu raya daripada Ernie Zakri memang lain dari yang lain. Yang paling penting lagu HAHAHAHAHari Raya ini pastinya akan menghidupkan suasana happening sepanjang aidilfitri.

Jangan lupa tengok muzik video lagu ini, ada dinosaur tau!

5. Macam Dulu-Dulu (Marsha Milan & Khai Bahar)

Kalau nak vibes zaman datuk nenek kita kenalah dengar lagu Macam Dulu-Dulu, buah tangan terbaharu daripada Khai Bahar dan Marsha Milan.

Pakaian penyanyi dan pelakon dalam muzik video pun sangat on point! Rasa macam kembali ke tahun 50-an.

6. Raya Kita Raya (Hael Husaini)

Beberapa tahun dulu, lagu raya Hael Husaini iaitu Bersyukur Seadanya pernah tular dan menjadi ikutan ramai. Tahun ini Hael sekali lagi melancarkan lagu raya berjudul Raya Kita Raya yang tak kurang hebatnya.

Lagu yang catchy dan penuh makna ini pastinya akan menjadi halwa telinga anda.

7. Raya Mana? (Nabila Razali)

Mengetengahkan senario yang berbeza ketika sambutan hari raya, Nabila Razali melancarkan lagu yang berjudul Raya Mana? Lagu ini menceritakan tentang situasi yang rata-rata dialami oleh suami dan isteri untuk pulang ke kampung menyambut lebaran.

Bukan itu sahaja, penampilan personaliti media sosial iaitu Aizat Saha atau lebih dikenali sebagai Abang POV membuatkan muzik video lagu ini lebih menarik!

8. Balik Raya (Wani Kayrie, Indah Ruhaila & Nadeera Zaini)

Gabungan tiga vokal iaitu Wani Kayrie, Indah Ruhaila dan Nadeera pastinya membuatkan lagu berjudul Balik Raya antara lagu terbaik yang dihasilkan untuk tahun ini.

Difahamkan penggambaran muzik video lagu tersebut hanya mengambil masa 24 sahaja dan hasilnya sangat mengagumkan. Terbaik!

9. Melaram Raya  (Alha Alfa, Bella Astillah, Yuka Kharisma & Bael0n)

Jika dulu Bella Astillah terkenal dengan lagu Diari Ramadan Rafique, kali ini selebriti kecil molek itu tampil merakamkan sebuah lagu raya pula.

Kolaborasi bersama pengasas produk kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa juga menambahkan keunikan pada lagu tersebut. Meriah industri hiburan kita!

10. Jom Pulang Raya – (Sufian Suhaimi)

Apalah erti hari raya kalau tak balik ke kampung kan? Kalau dulu kita ada lagu Balik Kampung yang dipopularkan oleh Sudirman, kali ini lagu Jom Pulang Raya pula didendangkan oleh Sufian Suhaimi.

Lagu ini kalau dengar semasa dalam kereta mesti bangkitkan lagi semangat untuk sambut hari lebaran.

Oleh itu, korang jangan lupa masukkan lagu-lagu awesome ini dalam playlist tau!

SKIP THIS AD ×