berita

[VIDEO] Kanak-Kanak Bawah Umur ‘Bawa’ Lori Pula…

September 8th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Selepas viral video seorang kanak-kanak memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang lagi kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.

Artikel berkaitan: Viral video Budak 9 Tahun ‘Drive’ Kereta, Pemilik Kenderaan Disaman Polis

Video yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp itu menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki memandu dan sedang mengalihkan lori jenis Hino itu.

Budak drive lori

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/658532644869661/?__xts__[0]=68.ARBIXIWvPOafDy68Z33GEGTGB1z04Ye22lIwUiPsx-tvYr9WJuS3DmH3nVcS–I76had7fzBziqi8eoKCC7Yl7kHWFFDkUgrxsAZEvhpL3amr7uLyFVv8loVJPB5CUypmBsrUH_te-h3xM0sMBHnaSihkY0jutKOsN9A1_U232pw5W2Gyt73ZrBmAPADgpKUkuVK3Sy–iwmlqpPK3L0OM_qblY6GNqrYQf2T9frIKFCT_KwWMi4nkXdbOVSpNk0fDREVp8EoE1Rd3X7b5kr_wHr0tl7T4aD6BjwatPqXyvuWh3yN8F-br4HJF64k1SXT_8juW97qh-8yYDFlu3u2DjYKxyoICZH7ULnbg&__tn__=-R

Video berdurasi 1:18 minit memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dibawah umur memandu sebuah lori dalam cubaan mengalihkan kenderaan muatan berat itu. Kejadian dipercayai berlaku pada 7 September 2020, sekitar jam 4.40 petang di daerah Rantau, Negeri Sembilan.

Cuai biarkan anak memandu

Ibu Pejabat Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook rasmi mereka memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah menerima satu laporan polis berhubung video yang tersebar tersebut. Bagaimanapun, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap bapa kepada kanak-kanak tersebut kerana cuai membiarkan kanak-kanak itu memandu lori treler.

Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini. Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu.

Kes ini akan disiasat dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×