Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari sering berkongsi momen bersama suaminya iaitu Tiko Aryawardhana di media sosial.
Selebriti ini dilihat makin bahagia setelah kira-kira tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] BCL Tamatkan Zaman Balu, Sah Jadi Isteri Tiko Aryawardhana
Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam Sebab Minum Arak? BCL ‘Back Up’ Suami – ‘Biar Netizen Menilai & Gosip’
Kejutan buat BCL
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, BCL menerima sejambak bunga dan gula-gula kapas berbentuk hati daripada Tiko dan anak lelakinya Noah.
Antara yang menarik perhatian adalah ucapan hari kekasih daripada Noah yang dicoretkan di atas kad ucapan.
Semoga berjaya untuk persembahan hari ini dan kami sangat menyayangimu! Saya harap mommy suka hadiah daripada kami.
Pelantun lagu Cinta Sejati ini dilihat sangat gembira dengan kejutan yang diberikan dan menghargai kehadiran anak dan suami dalam hidupnya.
Kedua-dua lelaki ini sentiasa memastikan bahawa saya adalah wanita paling bahagia di atas dunia.
Selamat Hari Kekasih! Terima kasih Noah & suami saya atas kejutan ini.
Pada 4 Disember lalu, Bunga dan Tiko selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang diadakan di Bali Indonesia.
Sekadar info, Tiko pernah berkahwin dengan Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.
Manakala, Bunga pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.
Namun, maut memisahkan mereka apabila Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
@itsmebcl_ These two gentleman always make sure that I’m the happiest woman on earth… Happy Valentine’s day! Thank you so much for the surprise Noah & my husband ????
Sumber: TikTok