Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz akui sangat terkejut selepas mendapat tahu hubungan yang terjalin antara isterinya, Bella Astillah dan pelakon, Muaz Zabir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boyfriend Ruhainies Yang Bayarkan Semua Kos Melibatkan Aliff, Mungkin Sebab Tu Aliff Dengar Cakap Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Merayu, Menangis Tak Nak Putus Hubungan Dengan Sarah Yasmine – ‘Sumpah Awak Dah Tak Sayang Saya?’
‘Pada hari itu, saya tak boleh tidur’
Menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz berkata, dia hanya mengetahui mengenai hubungan tersebut pada 13 November 2023 iaitu selepas membaca perbualan mesej antara Bella dan Muaz.
Pada tahun lepas 13 November 2023, di mana sesuatu yang besar telah berlaku dalam hidup saya. Itu adalah hari di mana saya dapat tahu berkaitan isteri saya.
Pada hari itu, saya tak boleh tidur. Tiba-tiba datang satu rasa nak buka phone Bella. Saya jumpa archived chat dan saya terkedu, tak tahu nak react macam mana.
Bercerita dengan lebih lanjut, Aliff berkata beberapa bulan sebelum itu, rumah tangganya dalam keadaan baik meskipun Bella telah menunjukkan perubahan.
Tapi saya ada rasa perubahan pada karakter Bella di rumah beberapa bulan sebelum saya dapat tahu berita tu. Kurang masa di rumah, shooting dan sebagainya.
Kepada budak lelaki itu, apa yang dia nak dapatkan sedangkan dia tahu Bella tu isteri orang.
Namun, Aliff menganggap apa yang berlaku itu adalah satu balasan buat dirinya selain perlu merasai kekecewaan itu sepertimana yang dirasai Bella disebabkan perilakunya sebelum ini.
Video
Sumber: Youtube The Common Folks