berita

[VIDEO] ‘Komen Yang Tiada Asas Langsung! Terus Jadi Fitnah’ – Engku Emran Jawab Dakwaan Jalin Hubungan Dengan Pelakon Wanita

October 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

engku emran

Bekas suami kepada ushawan terkenal, Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir warganet dengan mudah membuat spekulasi sehingga menimbulkan fitnah terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Kenal Engku Emran’ – Fiza Halim Nafi Bercinta

Banyak bertanya kepada ustaz

engku emran

Menerusi temu bual sebuah stesen radio, Engku Emran berkata dia sama sekali tidak pernah berkongsi tentang hal peribadi kepada orang lain kecuali merujuk kepada guru agama selain mahu menjaga perhubungan bersama bekas isteri-isterinya.

Kita kalau nak bercerita tentang masalah peribadi kita kena tengok siapa orangnya, jangan sebarangan bercerita. Macam masalah saya ini, kawan baik saya pun tak tahu sebab bagi saya baik saya bertanya pada ustaz.

Tanya orang yang berpengalaman, bukanlah kawan saya itu tiada pengalaman tetapi saya tidak mahu hubungan baik antara dia dan mana-mana bekas isteri saya terjejas.

Dalam pada itu, Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abdin menyelar tindakan warganet yang dilihat gemar bercerita tentang isu rumah tangganya di media sosial.

Jadi kalau kawan baik saya pun tak tahu masalah saya, macam mana netizen di luar tahu masalah saya?

Kita tak boleh nak halang mereka, biarlah mereka bercakap. Tapi sebagai seorang hambaNya hati-hatilah. Apa yang kita cakap itu kadang-kadang melukakan hati.

Saya okay dan boleh terima perkara ini tetapi mak ayah kita, anak kita..anak saya dah 14 tahun dah boleh membaca dan dia faham dengan apa yang ditulis.

Jawab dakwaan

engku emran

Sementara itu, Emran turut menjelaskan tentang khabar angin berikutan terdapat dakwaan dia menjalin hubungan bersama seorang selebriti tempatan yang kecoh diperkatakan sebelum ini.

Tak lama dahulu ada cerita pasal saya dating dengan seorang selebriti dan saya ambil gambar dengan anak dia.

Kisahnya kawan saya dia orang Terengganu dan mempunyai anak kacukan. Dia datang ke Malaysia dan saya jemput dia datang berbuka puasa di rumah saya. Kebetulan dia datang bersama dengan anak-anak sahaja, jadi saya ambil gambar bersama anak-anak dia.

Kemudian dia muat naik di Facebook dan ada komen yang mengatakan ‘Engku Emran dengan anak seseorang’. Daripada situ orang buat cerita dan jadi berita.

Komen yang tiada asas langsung, terus jadi fitnah. Waktu itu ibu saya masih hidup dan terus WhatsApp saya.

Sekadar info, pada September lalu Emran dan Noor Nabila akhirnya mengesahkan perceraian mereka selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan.

Emran sebelum itu juga pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres jelita, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

Engku Emran kemudian berkahwin buat kali kedua dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cythia Bella pada 2017 namun turut menemui jalan perpisahan dengan sah bercerai pada Julai 2020.

@zayan.my

Allahu, akibat gambar dan komen yang tak berasas, Engku Emran difitnah sebegitu ? #ZAYANshare #EngkuEmran #Kahwin #Cinta

? Sad piano ballad (moist / BGM)(936730) – TrickSTAR MUSIC

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×