Seorang lelaki didakwa bertindak agresif di sebuah restoran dengan melempar makanan dan minuman serta membuat kecoh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Rosakkan Pintu Surau Gara-Gara Mengamuk Pembesar Suara Dipasang Kuat
Artikel Berkaitan: Lelaki Sakit Mental Dipukul Remaja Lelaki Sampai Mati
Sebab panggil ‘pakcik’
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, suspek bertindak sebegitu hanya kerana pekerja restoran tersebut enggan memanggilnya ‘baby’ atau ‘abang’.
Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi. Seorang lelaki tempatan memanggilnya ‘pakcik’ membuatkan suspek berang dan terus mengamuk.
Difahamkan, suspek membaling makanan serta minuman panas itu dan lalu terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang turut berada di tempat kejadian.
Suspek turut mengugut untuk merosakkan harta benda di restoran dan membuat kacau.
Walau bagaimanapun, usaha untuk mengesan lokasi suspek sedang dijalankan untuk siasatan lanjut.
@darlisnasidagangganu
Sumber: TikTok @darlisnasidagangganu & BuletinTV3