Anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering menyorot perhatian di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Badan Saya Kelihatan Seperti Mak Kepada 5 Orang Anak?’- Leona
Artikel Berkaitan: Tular Salah Lirik Lagu Ketipak Ketipung Raya, Azhar Sulaiman ‘Dedah’ Leona Ada Penyakit Keturunan – ‘Kami Kena Makan Ubat’
Bahasa Melayu kurang fasih
Menerusi hantaran di TikTok, Leona berkata dia sering menerima komen daripada warganet tentang cara dia berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Bagaimanapun, gadis berusia 22 tahun itu berkata cara dia bercakap adalah normal meskipun ramai yang mengkritik.
Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.
Tapi bila saya muat naik video dan cakap Bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih.
Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet antaranya ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Leona.
Ianya normal sebab kawan-kawan awak pun jarang cakap Melayu. Sejujurnya awak cakap macam warga asing tapi tak mengapa, asalkan awak tahu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.
Jangan normalise orang Malaysia tak reti cakap Melayu. Belajar Bahasa Inggeris memang bagus tapi bahasa ibunda jangan dilupakan.
Walau bagaimanapun, ada di antara mereka yang memahami situasi Leona dan memberi semangat agar dia berlatih lebih lagi bertutur dalam Bahasa Melayu.
Leona jangan risau sangat dengan komen, ramai lagi di Malaysia yang tak tahu cakap Melayu dan mereka tak pernah pun tinggal di UK.
Tak apa Leona, saya faham. Sekurang-kurangnya awak cuba.
Siapa yang follow Leona dari awal, kita nampak dari dia level 0 berbahasa Melayu sampai la sekarang ni walaupun belum fasih sangat tapi kita nampak hasil dia.
@leonathe2nd Replying to @niyy?
Sumber: TikTok Leona