Video pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menjadi bualan ramai selepas dimuat naik oleh hos terkenal, Linda Onn di Instagram (IG), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Dipuji Pandai Jaga Batas Pergaulan, Jep Sepahtu Ibarat Satu Dalam Sejuta – ‘Bukan Takut Tapi Hormat Perasaan Bini’
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Dapat Jam Mewah Sempena ‘Anniversary’, Netizen Semak Harga Anggar Bernilai Ratusan Ribu? – ‘Rezeki Dapat Suami Baik’
Makan karipap
@lindaonn Tak ramai tau yang @jeptapansepahtu ada OCD kan? Linda pun baru tau ?. Lepas korek2 cerita daripada Jep, rupanya macam2 yang Jep kena hadap.. Sabar ye Jep… Thank u Jep sudi terangkan.. #ocd #friends #currypuff #eat #clean #fyp #tiktok #tiktokvideo ? HAD ME LIKE [CLEAN] – Lem Thyret
Menerusi rakaman itu, Jep dilihat sedang makan kuih karipap dengan menggunakan sarung tangan plastik di sebuah kafeteria. Linda yang agak pelik melihat perbuatan Jep terus bertanya kenapa dia berkelakuan sebegitu.
Jep pusing sini kejap, pusing kejap nak tengok. Tangan tu makan karipap kenapa pakai sarung tangan?
Tak pernah nampak orang makan karipap pakai sarung tangan.
Biarpun agak segan untuk menjawab soalan Linda namun Jep, 38, mendedahkan dia sebenarnya mengidap sejenis gangguan mental dikenali Obsesive Compulsive Disorder (OCD).
Allahuakhbar.. Tak ada jawapan lah. Saya ada OCD. Memang plastik ada dalam beg.. Betul.. itu yang saya segan.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin turut menunjukkan sekotak sarung tangan yang dibawa di dalam beg ke merata tempat.
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama aktres, Sari Yanti pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: TikTok