berita

[VIDEO] Meerqeen Tak Melatah Jawab Pasal Sarah Yasmine, Sekadar Kenal Sebagai Peminat – ‘Dia Bukan Kawan’

April 27th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Meerqeen memberi penjelasan selepas namanya ‘dipetik’ dengan wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Artikel berkaitan: Meerqeen Tolak Babak ‘Soft Por*’, Jaga Nama Baik Keluarga

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Kenalan Dengan Sarah Yasmine’ – Anna Jobling

Jumpa untuk bergambar

Menurutnya, dia tidak mengenali wanita tersebut secara peribadi dan menganggap Sarah sebagai salah seorang peminatnya.

Saya rasa saya kenal dan pernah jumpa untuk bergambar. Saya rasa dia peminat kot.

Dia bukan kawan. Saya boleh kata begitu sebab dia kenal dengan semua artis. Jadi saya boleh katakan dia adalah peminat.

Nama sering terpalit kontroversi

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam tidak lagi hairan apabila namanya terpalit dengan kontroversi.

Semua yang buruk dalam industri ni mesti terpalit nama Meerqeen jadi it is what it is.

Sometimes I have to run away from this to focus more on my career. To focus more on my name.

Disoal sama ada dia kecewa dengan dakwaan tersebut, Meerqeen mengakuinya namun dia mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap kariernya sebagai anak seni.

Of course, we are human being. I also have feelings, I’m not a robot that don’t have feeling. But I am more focus on my career and my name.

Terdahulu menerusi ciapan di X, nama Meerqeen dipetik kerana didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Sarah Yasmine.

Meerqeen berkata demikian semasa ditemui di majlis tayangan perdana dan sidang media drama premium terbaharu Astro Originals yang berjudul FRAMED di DADI Cinema, Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

Selain Meerqeen, drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Vanida Imran, Khir Rahman, Nam Ron, Zamarul Hisham, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×